PASPORT MALAYSIA HILANG BERAPA KADAR DENDA & PROSEDUR GANTIAN TERKINI (2022)
Sempena dengan pembukaan pintu sempadan antarabangsa, semestinya anda yang ingin melancong ke luar negara. Antara dokumen yang diperlukan untuk ke luar negara adalah Passport. Tetapi bagaimana sekiranya Passport Malaysia anda hilang? Disini kami akan kongsikan proseder gantian passport dan juga kadar denda yang akan dikenakan, semoga membantu.
APA ITU PASPORT
Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.
CARA MENGGANTIKAN PASPORT MALAYSIA HILANG
Berikut adalah merupakan cara atau prosuder yang anda harus lakukan sekiranya passport anda hilang:
- Paling utama anda seharusnya membuat laporan polis terlebih dahulu. Tetapi sekiranya passport anda hanya rosak, laporan polis tidak diperlukan.
- Sila hadir (walk-in) ke pejabat Imegresen Malaysia yang berhampiran dengan anda
- Pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen penting seperti
- Kad pengenalan
- Laporan polis
- Bagi gambar passport, kini anda boleh mengambil di pejabat Imegresn Malaysia atau menggunakan gambar yang sama sahaja sekiranya tiada perubahan yang ketara pada wajah anda.
KADAR DENDA PASPORT HILANG
Sekiranyan Passport Malaysia hilang atau rosak dan ingin membuat pembaharuan, anda akan dikenakan denda pasport hilang yang tinggi berdasarkan kadar yang diumum Jabatan Imigresen Malaysia baru baru ini seperti pada jadual di bawah ini :
KATEGORI | Kali Pertama | Kali Kedua | Kali Ketiga |
Semua orang | RM400 | RM700 | RM1200 |
Bawah 12 tahun @ umur 21 tahun belajar di luar negara | RM300 | RM600 | RM1100 |
CARA RENEW PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)
Terkini urusan pembaharuan boleh dibuat secara online di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport. Tetapi bagi urusan berikut hendaklah secara walk-in:
- Permohonan kali pertama
- Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pasport hilang / rosak
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- OKU
- Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
- Jemaah Haji
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai prosuder passport hilang dan kadar harga denda, anda boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/
ARTIKEL LAIN
SISTEM MAID ONLINE (SMO) 2022 (Permohonan Pembantu Rumah Asing)
1 thought on “PASPORT MALAYSIA HILANG BERAPA KADAR DENDA & PROSEDUR GANTIAN TERKINI (2022)”