PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (Berapa Kadar Bayaran)

PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (Berapa Kadar Bayaran)

PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Dengan pembukaan sempadan yang diumumkan, semestia ramai yang ingin melancong ke luar negara. Sudah semestinya anda dikehendaki membuat passport terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan passport Malaysia Antarabangsa, semoga membantu.

 

APA ITU PASPORT MALAYSIA

Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.

 

SYARAT KELAYAKAN PASSPORT MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan :

Permohon Berumur 18 Tahun Ke Atas

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di Malaysia·         MyKad pemohon

·         Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan pemohon diperlukan.

Lahir luar negara·         MyKad pemohon

·         Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.

Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.·         MyKad pemohon dan Sijil Lahir.

·         Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.

·         Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).

·         Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.

Nota:  Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.

Pegawai dan Anggota Tentera·         Kad Pengenalan tentera / My tentera
Pegawai dan Anggota Polis·         Kad Pengenalan tentera ; dan

·         Sijil Lahir

Permohon Berumur 18 Tahun Ke Bawah

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di Malaysia·         MyKad / MyKid pemohon

·         Sijil lahir pemohonMyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)

Lahir luar negara·         MyKad / MyKid pemohonBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)

·         Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.

·         MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)

Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.·         MyKad /Mykid pemohon dan Sijil LahirBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)

·         MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)

·         Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.

·         Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir .

 

Nota:

·         Mykad/Mykid   tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

·         Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak . Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.

Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia·         MyKad /MyKid pemohon.Sijil lahir pemohon.

·         Sijil kematian ibu/bapa.Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah.

·         Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).

·         Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).

Jika ibu dan bapa bercerai·         MyKad /MyKid pemohon.

·         Sijil lahir pemohon.

·         Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak.

·         MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).

Jika pemohon adalah anak angkat·         MyKad /MyKid pemohon.

·         Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

·         MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).

Jika pemohon telah berkahwin·         MyKad pemohon

·         Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

 

TEMPAT PERMOHONAN PASSPORT MALAYSIA

Pastikan anda hadirkan diri di tempat seperti berikut:

  1. Semua Pejabat Imigresen di Malaysia
  2. Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  3. Di UTC

 

TEMPOH SAH LAKU PASSPORT MALAYSIA

  • Tempoh sah laku penggunaan pasport hanya maksimum 5 tahun dari tarikh dikeluarkan sahaja.

 

KADAR BAYARAN PASSPORT MALAYSIA

Berikut adalah merupakan kadar bayaran passport yang dikenakan mengikut kategori :

  • Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) – RM200.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas) –RM100.00
  • Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) – 00
  • Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) – RM100.00
  • Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) – RM100.00
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) –Percuma

Nota: kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM hendaklah mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan sebagai bukti

 

CARA BAYARAN PASSPORT MALAYSIA

Pembayaran permohonan passport boleh dilakukan seperti berikut:

  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang atas nama
    • Dalam Malaysia: Ketua Pengarah Imigresen Malaysia / Pengarah Imigresen Negeri
    • Luar Malaysia: Suruhanjaya Tinggi Malaysia/ Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ Konsulat Jenderal Malaysia (dimana berkaitan)

 

SPESIFIKASI GAMBAR PASSPORT MALAYSIA

Berikut adalah merupakan spesifikasi gambar passport yang ditetapkan mengikau katagori:

Gambar Passport Dewasa

  • Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
  • Memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup.
  • Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung.
  • Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar.
  • Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap.

Gambar Passport Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun

  • Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
  • Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).

 

CARA PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Berikut adalah mrupakan cara untuk membuat permohonan paspport:

  1. Hadir ke Pejabat Imigresen berhampiran atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  2. Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atas di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  3. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

 

CARA PERMOHONAN PASSPORT PELAJAR IPT LUAR NEGARA

Berikut adalah merupakan dokumen yang perlu disediakan bagi pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah  yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara:

  • Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa/ tajaan
  • Resit bayaran yuran pendaftaran; dan
  • Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)

.

WAKTU OPERASI PEJABAT PENGELUAR PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Waktu operasi permohonan pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2022 seperti berikut:

  1. Pejabat Passport Negeri dan Cawangan
    • Semua negeri dan cawangan:
      • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
      • Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
    • Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
    • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  2. Pejabat UTC
    • UTC di semua negeri
      • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
      • Hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
    • UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
      • Hari bekerja dan hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa, anda boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PASPORT MALAYSIA HILANG BERAPA KADAR DENDA & PROSEDUR GANTIAN TERKINI (2022)

3 thoughts on “PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (Berapa Kadar Bayaran)”

Leave a Comment