N9 DIGITAL (Permohonan & Semakan Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan n9.digital)
Kepada warga Negeri Sembilan, kini kerajaan negeri telah mewujudkan satu aplikasi gerbang digital Kerajaan Negeri Sembilan kepada semua rakyatnya menerusi N9 Digital. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan semakan, semoga membantu.
APA ITU N9 DIGITAL
Gerbang digital n9.digital adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan negeri ini paling kedepan dalam migrasi kepada masyarakat digital dan e-ekonomi. Aplikasi ini yang memuatkan modul berurusan secara digital di antara rakyat-rakyat, rakyat-peniaga dan rakyat-peniaga-kerajaan. Kerajaan Negeri Sembilan membangunkan modul aplikasi dari semasa ke semasa untuk memindahkan urusan seharian ke gerbang digital.
FUNGSI N9DIGITAL
Berikut adalah merupakan fungsi utama aplikasi gerbang ini adalah:
- e-Bantuan: permohonan skim-skim Kerajaan Negeri Sembilan melalui gerbang digital di aplikasi telefon pintar
- e-Gerai: platform perniagaan elektronik untuk peniaga kecil dan rakyat
MUAT TURUN APLIKASI N9DIGITAL
Berikut adalah merupakan pautan aplikasi untuk anda memuat turun dan instal:
- Play store bagi pengguna Android
- Apple store bagi pengguna IOS
CARA DAFTAR N9 DIGITAL
Kepada pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar akaun anda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftaran Pendaftaran
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- No kad pengenalan
- Nama (seperti tertera pada Mykad)
- No telefon bimbit
- Nama akaun (Username)
- Pemohon akan menerima kod akaun memohon melalui telefon bimbit.
- Selepas mengesahkan kod akaun memohon di skrin, pemohon perlu mengisi maklumat untuk meneruskan permohonan.
- Anda akan dikenali dengan Nama anda dalam semua aplikasi digital ini
CARA SEMAKAN PERMOHONAN N9 DIGITAL
Setelah anda membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Permohonan
- Log masuk menggunakan Username dan Kata Laluan anda
- Ikuti arahan selanjutnya dan anda dapat membuat semakan permohonan anda
TERLUPA KATA LALUAN N9 DIGITAL
Sekiranya anda terlupa kata lauan anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Terlupa Kata Laluan
- Sila isi Nama Akaun (username) dan No. Telefon Bimbit anda.
- Anda akan menerima kod akaun melalui telefon bimbit.
- Selepas pengesahan kod akaun di skrin, anda boleh menukar Kata Laluan.
TERLUPA USERNAME N9DIGITAL
Sekiranya anda terlupa username anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Terlupa Nama Akaun
- Masukkan maklumat semasa mendaftar
- Anda akan menerima Nama Akaun anda melalui telefon bimbit.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat mengenai aplikasi gerbang digital Kerajaan Negeri Sembilan, sila layari website Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN(Borang)