PERMOHONAN TINGKATAN 6 2024(Semak Kelayakan Senarai Kolej & Subjek)

PERMOHONAN TINGKATAN 6 (Semak Kelayakan Senarai Kolej & Subjek)

PERMOHONAN TINGKATAN 6

Terkini kepada pelajar lepasan tingkatan 5 tahun 2021 telah menyemak keputusan SPM masing-masing. Kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Tingkatan Enam(6) di sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan yang terpilih, disini kami akan kongsikan caranya.

 

PENGGAJIAN TINGKATAN ENAM(6) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Pengajian di tingkatan 6 ini adalah selama 3 penggal  dan menawarkan 2 aliran jurusan iaitu:

  • Aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama)
  • Aliran Sains.

Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam(6) telah menerapkan 3 kemahiran utama seperti:

  • Kemahiran kognitif
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran insaniah (soft skills).

 

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM(6)

Berikut adalah merupakan syarat am dan syarat khas kemasukkan ke tingkatan 6:

Syarat Am

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.

Syarat Khas

  • Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
  • Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

 

TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN TINGKATAN ENAM(6)

Permohonan pendaftaran kemasukan pelajar Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 dibuka pada (Akan dikemaskini)

SENARAI MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM (STPM)

Berikut adalah merupakan senarai mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM:

BILKODMATA PELAJARAN
1.900Pengajian Am
2.910Bahasa Melayu
3.911Bahasa Cina
4.912Bahasa Tamil
5.913Bahasa Arab
6.920Literature in English
7.922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8.930Syariah
9.931Usuluddin
10940Sejarah
11.942Geografi
12.944Ekonomi
13.946Pengajian Perniagaan
14.948Perakaunan
15.950Mathematics (M)
16.954Mathematics (T)
17.958Information and Communications Technology (ICT)
18.960Physics
19.962Chemistry
20.964Biology
21.966Sains Sukan
22970Seni Visual
23932Tahfiz AL-Quran

NOTA: Hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Semakan lanjut boleh rujuk Senarai Matapelajaran Yang Ditawarkan

 

 

KATAGORI TINGKATAN ENAM(6) SEKOLAH MENENGAH

Berikut adalah merupakan kategori yang telah ditetapkan:

  1. Tingkatan Enam (Mod 1)
    • Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
  2. Tingkatan Enam (Mod 2)
    • Sekolah yang mempr nyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan.
    • Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
  3. Tingkatan Enam (Mod 3)
    • Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.

 

SENARAI SEKOLAH TINGKATAN ENAM (6)

Anda boleh meyemak senarai sekolah tingkatan 6 mengikut negeri melalui pautan berikut:

  • Senarai Penuh Pusat Tingkatan 6 https://sst6.moe.gov.my/…/SenaraiSekolah%20Pusat%20T6.pdf

 

TEMPOH PENGAJIAN TINGKATAN ENAM (6)

Berikut adalah merupakan tempoh penggajian di tingkatan 6:

  1. Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Semester 1 (S1)
  2. Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Semester 2 (S2)
  3. Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Nota: Tempoh penggajian keseluruhan adalah selama 1½ tahun.

 

CARA PERMOHONAN KEMASUKKAN TINGKATAN 6

Kepada pelajar yang memenuhi kelayakan boleh membuat permohonan melalui pautan berikut https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm

 

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6

Semakan tawaran boleh disemak selepasnya tamat tempoh permohonan melalui pautan berikut https://sst6.moe.gov.my/

 

KADAR YURAN PEPERIKSAAN STPM

Yuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pengajian Tingkatan 6, sila layari website rasmi kementerian pendidikan malaysia di pautan https://www.moe.gov.my/ dan juga Soalan Lazim (FAQ)

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM ONLINE (SPM Yang Lama)

 

Leave a Comment