CARA BUKA AKAUN BSN 2024(Online dan Walk-in)

CARA BUKA AKAUN BSN(Online dan Walk-in)

CARA BUKA AKAUN BSN

Sekiranya anda ingin membuka akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah semestinya anda ingin mengetahui caranya sama ada boleh dibuka secara online atau tidak pada masa kini. Disini kami akan kongsikan cara buka akaun bank BSN dan juga cara daftar BSN online banking, semoga membantu.

 

SYARAT BUKA AKAUN BSN

Berikut adalah merupakan syarat dan dokumen yang diperlukan untuk buka akaun bank BSN mengikut kewarganegaraan:

Warganegara Malaysia

  • IC/Kad Pengenalan
  • Wang RM50
  • Bil Elektrik

Warganegara Asing

  • Bekerja di Malaysia.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Alamat tetap.
  • Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
  • Visa dan Pasport belum tamat tempoh.

 

CARA BUKA AKAUN BSN ONLINE

Pada masa kini urusan pembukaan akaun BSN secara online tidak dapat dilakukan secara online dan ia boleh dilakukan melalui cawangan BSN sahaja buat masa ini.

 

CARA BUKA AKAUN BSN WALK -IN

Berikut adalah merupakan cara untuk buka akaun BSN secara walk-in:

  1. Hadir ke cawangan BSN yang berhampiran anda
  2. Pastikan membawa dokumen yang diperlukan.
  3. Ambil nombor giliran dan tggu sehingga ni anda dipanggil
  4. Maklum pegawai bank bahawa Anda ingin buka akaun simpanan BSN
  5. Pegawai bank akan minta dokuemn diperlukan iaitu kad pengenalan, RM50 dan bil elektrik Anda.
  6. Lengkapkan borang yang diberi oleh pegawai Pegawai bank
  7. Anda akan diberikan buku bank/buku simpanan dan kad debit
  8. Selesai

 

WAKTU OPERASI KAUNTER  BSN

Berikut adalah merupakan waktu opearsi BSN terkini:

  • Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
    • Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
    • Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
    • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
  • Kelantan, Terengganu & Johor
    • Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
    • Khamis: 10:00AM – 3:00PM
    • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

 

DAFTAR ONLINE BANKING BSN (myBSN)

Setelah anda selesai buka akaun BSN, anda boleh daftar BSN online baking bagi memudahkan urusan anda secara online. Pastikan pendaftaran perbankan internet myBSN menggunakan komputer/laptop dan anda telah mengemaskini nombor telefon untuk One Time Password (OTP) di Cawangan BSN. Berikut adalah merupakan caranya:

Terlebih dahulu, sebelum anda daftar MyBSN, anda seharusnya mempunyai akaun Bank yang aktif dengan BSN. Berikut adalah cara daftar MyBSN:

  1. Layari laman rasmi myBSN: mybsn.com.my
  2. Tekan butang
  3. Baca dan tick Accept pada TERMA & SYARAT, tekan Next.
  4. Pada Step 1, iskan maklumat:
    • No kad debit/kredit
    • Nombor CVV2 (nombor tiga digit di belakang kad)
    • Tarikh luput kad anda
  5. Pada Step 2, isikan maklumat (pilih salah satu)
    • No kad pengenalan
    • Passport
    • nombor tentera
  6. Semak kembali, kemudian tekan Next
  7. Seterusnya masukkan USERNAME anda inginkan
  8. Ciptakan PASSWORD yang anda inginkan, sahkan sekali lgi password anda.
  9. Tekan REQUEST OTP, masukkan kod OTP yang anda diterima melalui SMS.
  10. Pilih satu GAMBAR KESELAMATAN pilihan anda (sebagai pengesahan untuk login myBSN anda).
  11. Tekan butang Submit.
  12. Pendaftaran anda berjaya

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara buka akaun BSN, anda boleh layari web rasmi BSN: https://www.bsn.com.my/page/personal-banking-index

 

ARTIKEL LAIN

TERLUPA USERNAME BSN ONLINE (Cara Dapatkan Username & Password)

2 thoughts on “CARA BUKA AKAUN BSN 2024(Online dan Walk-in)”

Leave a Comment