TERLUPA USERNAME BSN ONLINE (Cara Dapatkan Username & Password)

TERLUPA USERNAME BSN ONLINE (Cara Dapatkan Username & Password)

TERLUPA USERNAME BSN

Kepada pelanggan Bank Simpanan Nasional, sedah semestinya anda akan menggunakan perkhidmatan online banking myBSN yang disediakan untuk memudahkan urusan anda. Tetapi bagaimana sekiranya anda terlupa username myBSN anda semasa ingin login ataupun akaun anda kena blok? Disini kami akan membantu anda untuk dapatkan kembali, semoga membantu.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN myBSN

Dengan menggunakan perkhidmatan online banking myBSN ini, anda dapat menggunakan perkhidmatan berikut:

  • Baki akaun terkini
  • Transfer duit
  • Topup prepaid
  • Membuat pelbagai pembayaran
  • Dan lain-lain lagi

 

TINDAKAN SEKIRANYAN TERLUPA USERNAME BSN ONLINE

Sekiranya anda terlupa username myBSNanda, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembali:

  1. Sediakan Kad bank BSN anda.
  2. Hubungi call center BSN di talian 1300 88 1900.
  3. Maklum kepada pegawai bank tentang anda terlupa username myBSN
  4. Pegawai bank tersebut akan meminta maklumat nombor kad bank anda dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  5. Selepas disahkan, pegawai bank akan beritahu username anda.
  6. Anda sudah boleh login myBSN anda.

 

TINDAKAN SEKIRANYA TERLUPA USERNAME PASSWORD BSN ONLINE

Sekiranya anda terlupa Kata Laluan myBSNanda, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembali:

  1. Layaripautan myBSN: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Pada menu Login klik pada FORGOT PASSWORD.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Username
    • Credit / debit card number
    • CVV2 (nombor di belakang kad)
    • Expiry date
    • Nombor Kad Pengenalan
  4. Setelah lengkap klik pada SUBMIT.
  5. Masukkan kata laluan baru pada kotak New Password (kata laluan anda mesti mempunyai huruf besar dan huruf kecil)
  6. Masukkan sekali lagi kata laluan baru pada kotak Confirm New Password.
  7. Klik pada Request OTP. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan klik Submit
  8. Selesai, Kata laluan anda telah berjaya ditukar.

 

 TINDAKAN SEKIRANYA BSN ONLINE KENA BLOCK

Sekiranya akaun myBSN anda kena blok/disekat, berikut adalah merupakan cara untuk aktifkan kembali akaun anda:

  1. Hubungi 1300 88 1900
  2. Maklum kepada Pegawai bank bahawa akaun anda telah kena blok.
  3. Pegawai bank tesebur akan membantu anda.
  4. Anda juga boleh pergi ke cawangan bank BSN terdekat untuk aktifkan semula.

NOTA: Akaun BSN anda akan dinyahaktif sekiranya anda tidak login melebihi tempoh 2 bulan.

 

ARTIKEL LAIN

INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW)

2 thoughts on “TERLUPA USERNAME BSN ONLINE (Cara Dapatkan Username & Password)”

Leave a Comment