Cara Aktifkan Fungsi Pembelian Online Kad Debit BSN Guna MyBSN

Cara Aktifkan Fungsi Pembelian Online Kad Debit BSN Guna MyBSN

AKTIFKAN KAD PEMBELIAN ONLINE

Sekiranya anda ingin membeli barangan atas talian online terutamanya pembelian barangan luar negra, sudah semestinya anda seharusnya aktifkan dahulu fungsi kad debit pembelian online anda. Disini kami akan kongsikan caranya bsagi kad debit Bank Simpanan Nasional (BSN), semoga membantu.

 

APA ITU PEMBELIAN ATAS TALIAN

Pembelian atas talian merupakan satu bentuk dagangan elektronik yang membenarkan pengguna untuk membeli barangan atau perkhidmatan secara terus daripada rakan niaga melalui internet menggunakan pelayar sesawang.

 

KENAPA FUNGSI PEMBELIAN ATAS TALIAN TIDAK AKTIFKAN

Berdasarkan arahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk mengelakkan pemegang kad daripada menjadi mangsa pembelian atas talian, debit langsung dan penipuan kad.

 

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT BSN

Terdapat 3 cara untuk aktifkan pembelian online BSN anda iaitu

  • ATM BSN
  • Hubungi Khidmat Pelanggan BSN
  • Perbankan Internet myBSN

 

AKTIFKAN KAD PEMBELIAN ONLINE DI MESIN ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN berhampiran anda
  2. Masukkan Kad Debit BSN Visa Anda
  3. Pilih TUKAR PIN / LAIN-LAIN
  4. Pilih PENYELENGGARAAN
  5. Pilih TRANSAKSI DALAM TALIAN
  6. Pilih PENGAKTIFAN SEMENTARA atau PENGAKTIFAN KEKAL
  7. Selesai

 

AKTIFKAN KAD PEMBELIAN ONLINE DI MESIN ATM

  1. Hubungi talian khidmat pelanggan BSN: 1-300-88-1900
  2. Maklum kepada pegawai tersebut anda ingin aktifkan transaksi pembelian online
  3. Pegawai tersebut akan tanyakan anda ingin aktifkan secara:
    • Kekal
    • Bertempoh
  4. Disarankan anda memilih bertempoh (pilih tempoh yang anda inginkan)
  5. Tunggu sehingga pegawai tersebut aktifkan
  6. Selesai

 

AKTIFKAN KAD PEMBELIAN ONLINE GUNA ONLINE BANKING

  1. Layari pautan MyBSN: https://www.mybsn.com.my/
  2. Log masuk akaun mengguna Username dan Password anda
  3. Pada menu utama pilih Manage Account > Debit Card Setting > Update Overseas Transaction Status
  4. Klik pada ko kad Debit Card anda dan klik Next.
  5. Pilih bahagian New Status terdapat 3 pilihan iaitu:
    • Permanently Activated – bermaksud kekal sepanjang masa bermula pada tarikh anda inginkan
    • Temporary Activated – dalam tempoh yang anda ingin
    • Deactivated – sekiranya anda ingin nyahaktifkan fungsi ini bermula dari tarikh anda inginkan
  6. Disyorkan kepada anda supaua memilih Temporary Activated kerana ianya lebih selamat dan terkawal
  7. Anda boleh masukkan tarikh efektif, Start date dan End date, kemudian klik Next.
  8. Seterusnya klik Request TAC  dan masukkan no TAC diterima,  klik Next.
  9. Paparan akan menunjukkan status telah berjaya dikemaskini.
  10. Selesai

 

CARA UNTUK NYAHAKTIFKAN FUNGSI PEMBELIAN ONLINE

Untuk nyahaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu ikuti langkah yang sama dan pilih Deactivated.

 

ARTIKEL LAIN

TERLUPA USERNAME BSN ONLINE (Cara Dapatkan Username & Password)

 

1 thought on “Cara Aktifkan Fungsi Pembelian Online Kad Debit BSN Guna MyBSN”

Leave a Comment