ePEMULA (Cara Tebus Program eWallet Belia RM200)
Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun , anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet melalui program ePemula @ eStart menerusi pembentangan Bajet 2023 yang telah diumumkan. Apa itu ePemula dan bagaimana cara penebusan? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.
APA ITU ePEMULA (e-START)
e Pemula (e-Start ) adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM200 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
KELAYAKAN PROGRAM ePEMULA
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:
- Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
TARIKH PENEBUSAN ePEMULA
- Program ini dijangka akan bermula pada *Akan Dikemaskini
KADAR BAYARAN ePEMULA
Bayaran sebanyak RM200 secara one-off ke dalam akaun e-wallet yang terlibat
eWALLLET YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM e-PEMULA (e-START)
Berikut adalah merupakan antara eWallet yang terlibat dalam program ini:
- Touch n Go eWallet
- ShopeePay
- Grab Pay
- BigPay
CARA PENEBUSAN ePEMULA
Bagi belia yang layak menerima e-Pemula ini, haruslah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda terlebih dahulu bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program e Pemula ini.
Cara Tebus ePemula Melalui Tng Ewallet
- Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon e-Pemula Credit.
- Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
- Tekan butang Let’s Go.
- Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
- Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.
Cara Tebus e-Pemula Melalui ShopeePay
- Untuk penebusan e-Pemula, ia hanya akan boleh dituntut mulai apabila tarikh diumumkan nanti.Langkah membuat penebusan juga akan dikemaskini melalui artikel ini nanti.
Cara Tebus e-Pemula Melalui GrabPay
- Untuk penebusan e-Pemula, ia hanya akan boleh dituntut mulai apabila tarikh diumumkan nanti.Langkah membuat penebusan juga akan dikemaskini melalui artikel ini nanti.
Cara Tebus e-Pemula Melalui BigPay
- Untuk penebusan e-Pemula, ia hanya akan boleh dituntut mulai apabila tarikh diumumkan nanti.Langkah membuat penebusan juga akan dikemaskini melalui artikel ini nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/
ARTIKEL LAIN
CARA BUKA AKAUN BSN 2022 (Online dan Walk-in)
2 thoughts on “ePEMULA (Cara Tebus Program eWallet Belia RM200)”