CARA DAFTAR LOGIN eperumahan.dbkl.gov.my (Rumah eRumah DBKL)
Kepada warga penduduk WP Kuala Lumpur yang mendiami dan memilik rumah sendiri, anda boleh mendaftar dengan ePerumahan DBKL. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan maklumat mengenai ePerumahan DBKL, semoga membantu.
APA ITU e-PERUMAHAN DBKL
Sistem e-Perumahan Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) diwujudkan untuk memberikan kepuasan kepada semua pelanggan & pengunjung sistem ini. JKKB sentiasa komited bagi memastikan semua maklumat yang terkandung dalam Sistem E-Perumahan ini sentiasa dikemaskini dan terkini (sekiranya terdapat pembaharuan).
CARA DAFTAR e-PERUMAHAN (eperumahan.dbkl.gov.my)
Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan daftar e-Perumahan DBKL
- Skrin akan memaparkan maklumat yang perlu diisi oleh pengguna seperti:
- Nama Pemohon
- Warganegara/Bukan Warganegara
- Kad Pengenalan Baru/No. Passport
- Taraf Perkahwinan
- Emel
- Telefon
- Katalaluan (wajib Minima 8 aksara, Huruf Besar, Huruf Kecil, Nombor dan Aksara Khusus)
- Sah Katalaluan (wajib sama dengan katalaluan yang telah dimasukkan)
- Setelah lengkap semuanya klik pada butang ‘Daftar’.
- Satu pop-up mesej pendaftaran berjayaja akan tertea.
- Kemudian anda perlu menyemak emel yang didaftarkan untuk proses pengesahan akaun deng klik pada pautan yang diberikan
- Setelah Pengesahan telah dibuat dan pengguna akan di bawa ke halaman ‘Log Masuk’
Nota: Sistem tidak akan membenarkan pengguna mengakses ke dalam sistem jika pengesahan akaun tidak dilaksanakan.
CARA LOGIN e-PERUMAHAN (eperumahan.dbkl.gov.my)
Setelah proses pengesahan pendafatran akauan anda berjaya, berikut adalah cara untuk log masuk:
- Layari pautan Login e-Perumahan DBKL
- Masukkan No Kad Pengenalan dan kata Lalaun anda
- Klik pada Log Masuk
- Anda telah berjaya login akaun anda, selesai
CARA KEMASKINI e-PERUMAHAN (eperumahan.dbkl.gov.my)
Sebagai pengguna kali pertama, anda seharusnya kemaskini maklumat terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun ePerumaha DBKL anda
- Klik pada Profil di atas belah kanan dan memilih ‘Profil Pengguna’.
- Isikan maklumat dengan lengkap pada 7 bahagian iaitu:
- Pemohon
- Pasangan
- Pendapatan
- Alamat
- Maklumat Anak
- Tanggungan
- Harta
- Anda boleh mengemas kini maklumat dengan menekan butang Kemaskini
Nota: Pengguna wajib menyempurnakan profil pengguna terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan
PERMOHONAN e-PERUMAHAN (eperumahan.dbkl.gov.my)
Setelah anda berjaya mengemasiki maklumat yang peribadi, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Log masuk akaun ePerumaha DBKL anda
- Sistem akan memaparkan jenis permohonan yang diberikan oleh pihak ePerumahan DBKL.
- Untuk permohonan Perumahan Awam, klik butang Mohon pada kotak Perumahan Awam
- Klik pada ‘Klik Untuk Pendaftaran’ untuk meneruskan proses.
- Sistem akan memaparkan maklumat pemohon yang telah diisi semasa ‘daftar pengguna’. Klik ‘Kemaskini Profil’ jika pengguna ingin mengemas kini butiran dan perlu melengkapkan borang. Klik pada ‘Halaman Seterusnya’ untuk ke tab seterusnya.
- Di tab ‘Maklumat Pendaftaran’, pengguna perlu memilih Jenis Rumah yang ingin dimohon:
- Rumah Kos Rendah
- Pengguna perlu memuat naik dokumen yang diperlukan dari senarai yang disediakan.
- Klik pada ‘check box’ untuk semakan bahawa kesemua dokumen yang diminta telah disediakan.
- Dokumen yang dimuat naik perlulah disediakan di dalam satu fail yang berfomat .zip atau .rar. Untuk memuat naik dokumen,
- Sistem akan memaparkan halaman ‘Pengesahan’. Pengguna perlu klik pada ‘check box’ yang disediakan selepas membaca perakuan yang dipaparkan kemudian klik butang Hantar untuk menghantar permohonan ke dalam sistem.
- Permohonan pengguna disimpan dan pengguna menerima mesej pendaftaran berjaya.
- Pemohon akan menerima notifikasi emel yang memaklumkan status samada pemohon layak/tidak layak memohon.
- Pemohon boleh klik pada lampiran untuk mencetak surat maklumbalas dari pihak DBKL.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk Maklumat lanjut mengenai e-Perumahan DBKL, sila layari website rasmi e-Perumahan DBKL
ARTIKEL LAIN
CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (Check Berapa DSR)
1 thought on “CARA DAFTAR LOGIN eperumahan.dbkl.gov.my (Rumah eRumah DBKL)”