PERMOHONAN eLESEN DBKL (Apply Login Semak elesen.dbkl.gov.my)
Kepada peniagan di Kuala Lumpur yang ingin membuat permohonan lesen dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini anda boleh membuat permohonan lesen secara online melalui e-Lesen DBKL. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU eLESEN DBKL
e-Lesen DBKL merupakan perkhdimatan online bagi memudahkan urusan yang menawarkan perkhidmatan seperti:
- Permohonan
- Informasi permohonan setiap jenis lesen boleh didapati di sini.
- Janji Temu Online
- Anda boleh daftar Janji Temu Online di sini untuk jenis pengurusan yang disediakan.
- Manual Sistem
- Manual Sistem lengkap boleh didapati di sini untuk memudahkan pengguna awam akses ke Sistem ELESEN.
- Soalan Lazim
- Soalan-soalan Mengenai Permohonan Lesen.
- Program
- Program yang ditawarkan oleh Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan.
- e-Penyertaan
- Sertai program e-Penyertaan untuk memberikan maklum balas dan pandangan umum bagi meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan.
KATAGORI LESEN YANG BOLEH DIPOHON MENERUSI eLESEN DBKL
Berikut adalah merupakan katagori lesen yang boleh dipohon:
- Iklan
- Hiburan
- Minuman Keras
- Pelelong
- Penjaja
- Premis
- Tempat Letak Kereta
CARA DAFTAR eLESEN DBKL
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Layari pautan https://elesen.dbkl.gov.my/main.aspx
- Klik pada butang Log masuk pada Portal, sistem akan paparkan skrin Log Masuk.
- Klik pada pautan Bukan Pengguna Lagi? Daftar Sekarang, sistem akan paparkan skrin Pendaftaran.
- Masukkan data pada medan-medan berikut:
- Pilih Jenis Pengenalan
- Input Nama
- Input No. Kad Pengenalan/No. Paspot/No. Polis/Tentera
- Pilih Jantina
- Pilih Bangsa
- Input No. Telefon
- Input E-Mel
- Input Kata Laluan
- Input Sahkan Kata Laluan
- Pilih pada checbox
- Input Captcha
- Setelah lengkap klik pada butang Simpan
- Klik OK pada pop up yang tertera , sistem akan memaparkan semula skrin Log Masuk.
- Proses pendaftaran anda telah berjaya
CARA LOGIN eLESEN DBKL
Pastikan pendafatran akaun anda telah berjaya. Berikut adalah merupakan cara log masuk:
- Layari pautan https://elesen.dbkl.gov.my/main.aspx
- Klik pada butang Log masuk pada Portal, sistem akan paparkan skrin Log Masuk
- Masukkan data pada medan-medan berikut:
- Input ID Pengguna
- Input Kata Laluan
- Klik pada butang Log Masuk , sistem akan memaparkan skrin Laman Utama Pengguna Awam
- Selesai, anda telah berjaya log masuk
CARA PERMOHONAN LESEN eLESEN DBKL
Setelah anda berjaya log masuk, berikut adalah cara membuat permohonan:
- Pilih katagori lesen yang anda ingikan
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Ikuti arahan selanjut sehinggan permohonan anda selesai
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN eLESEN DBKL
Setelah anda selesai membuat permohonan, berikut adalah merupakan cara semakan status permohonan anda:
- Log masuk akaun e-Lesen DBKL anda
- Klik pada ikon garisan bertindih , sistem akan memaparkan skrin Senarai Permohonan.
- Masukkan data pada medan-medan untuk membuat carian seperti berikut:
- Input No. Fail Lesen
- Pilih Kategori Lesen
- Klik pada butang Cari, sistem akan paparkan senarai fail lesen dalam senarai datagrid.
- Semak Status permohonan pada column Status dalam senarai datagrid.
- Klik pada ikon ‘Pensil’ untuk kemas kini permohonan yang masih dalam status DRAF. Sistem akan memaparkan skrin Kemaskini Draf Permohonan.
- Sila lengkapkan mana-mana maklumat permohonan yang masih tidak lengkap dan hantar permohonan tersebut.
- Setelah berjaya dihantar, status permohonan akan bertukar kepada UNTUK SEMAKAN.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai e-Lesen DBKL, sila layari website Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR LOGIN eperumahan.dbkl.gov.my (Rumah eRumah DBKL)
1 thought on “PERMOHONAN eLESEN DBKL (Apply Login Semak elesen.dbkl.gov.my)”