OCS SESB ONLINE (Cara Daftar Akaun Semak & Bayar Bil Online Guna MySESB)

OCS SESB ONLINE (Cara Daftar Akaun Semak & Bayar Bil Online Guna MySESB)

OCS SESB ONLINE

Kepada warga penduduk Sabah, pastinya setiap bulan anda akan menerima Bil elektrik berserta jumlah bayaran yang dikenakan. Tak kira sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, kita perlu membayar bil elektrik yang jumlahnya bergantung kepada sejauh mana penggunaan tenaga elektrik yang kita pakai setiap hari.

Bagaimana cara untuk membayar bil elektrik secara online? Disini kami kongsikan cara bayar mengunakan aplikasi OCS SESB dan juga online banking(JomPay), semoga membantu.

 

APA ITU OCS SESB

Online Customer Service (OCS) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) adalah sebuah portal yang membolehkan pengguna membuat semakan bil elektrik secara online / digital dan membuat pembayaran.

Anda boleh memuat turun dan install aplikasi MySESB di sini:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi penggunan IOS

 

SYARAT PENDAFTARAN OCS SESB

Berikut adalah merupakan syarat pendaftaran yang telah ditetapkan:

  • Anda perlu mempunyai e-mel yang sah dan aktif
  • Anda perlu mengaktifkan akaun di Portal atau Aplikasi OCB SESB
  • Pastikan nombor kad pengenalan yang betul didaftarkan.

 

CARA DAFTAR AKAUN SESB ONLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk daftar akaun SESB secara online:

  1. Layari laman web OCS di https://ocs.sesb.com.my
  2. Klik pautan ‘create an account’ untuk mendaftar akaun bagi pengguna jali pertama.
  3. Anda perlu mengisi maklimat yang dikehendaki di pautan ‘Sign up for a new account’.
  4. Setelah mengisikan maklumat pendaftaran, anda akan menerima e-mel untuk pengesahan status akaun OCS. Tekan pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
  5. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil elektrik secara online,klik pada menu ‘Account number’ dan ‘Click here to perform online payment’.
  6. Sekiranya anda ingin mendaftarkan lebih daripada satu akaun, sila klik ‘Add account’.

 

CARA BAYAR BIL ONLINE GUNA MySESB

Untuk menyemak dan membayar bil elektrik menggunakan aplikasi MySESB, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi aplikasi MySESB.
  2. Klik pada register akaun MySESB sekiranya belum punyai akaun lgi. Sekiranya anda telah daftar pada portal OCS SESB, anda boleh terus log in dengan masukkan email dan password yang berdaftar.
  3. Pada bahagian MY HOME lengkapkan maklumat yang diperlukan kemudian tekan SUBMIT.
  4. Anda kini boleh lihat berapa jumlah bil yang hendak dibayar dan anda boleh klik View Bill untuk semak bil elektrik.
  5. Sekiranya ingin membuat pembayaran klik pada PAY NOW
  6. Pada bahagian MAKE A PAYMENT, sila pilih amaun (RM) yang ingin dibayar. Anda boleh pilih untuk bayar keseluruhan bil, bil semasa ataupun berapa sahaja amaun yang anda nak bayar.
  7. Bahagian PAYMENT METHOD terbahagi kepada online banking atau kredit/debit kad sahaja. Klik PAY untuk bayar kemudian ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  8. Anda boleh view bil dan download melalui pdf sebagai rujukan.

 

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK SESB DENGAN JOMPAY

Untuk membuat pembayaran menggunakan online banking (jomPay), berikut adalah merupakan caranya.

  1. Log masuk online banking bank anda
  2. Pada menu utama klik pada Pay & Transfer
  3. Seterusnya pilih JOMPAY untuk bayar bil elektrik SESB.
  4. Anda perlu masukkan maklumat berikut:
    • Biller Code – Rujuk pada bil elektrik anda
    • Ref-1 – Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. (Rujuk saja bil anda)
    • Ref 2 – No telefon anda (yang tertera pada bil elektrik anda)
  5. Pastikan Biller Code tersebut ialah SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Anda boleh juga klik pada favourite untuk simpanan pada masa depan
  6. Masukkan jumlah yang ingin dibayar
  7. Klik YES” untuk terma & syarat
  8. Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran.
  9. Klik Request bagi permintaan TAC Number. Klik confirm untuk bayar.
  10. Pembayaran telah berjaya.

 

ARTIKEL LAIN

Semak No Akaun Bil Air Selangor RAJ Johor Sabah JBALB (Check & Bayar Online)

Leave a Comment