BORANG PERMOHONAN  PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) RISDA RM20000

BORANG PERMOHONAN  PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) RISDA RM20000

AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET)

Kepada pekebun kecil yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi, kini anda boleh membuat permohonan program AET yang telah diperkenal oleh RISDA. Disini kami kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai AET, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM AET

Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) adalah sebuah program yang diwujudkan oleh RISDA untuk menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Mestilah seorang Pekebun Kecil
  2. Warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA
  3. Keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
  4. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
  5. Mempunyai keupayaan dalam melaksanakan projek secara sepenuh masa
  6. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
  7. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

 

BIDANG PROJEK AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan bidang yang terlibat dalam program ini:

  • Bidang perkhidmatan
  • Bidang makanan
  • Bidang pembuatan
  • Bidang pertanian

 

KADAR BANTUAN AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang diberikan oleh RISDA:

  • Bagi setiap keluarga Pekebun Kecil akan mendapat bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan, had maksimum RM20,000 bagi semua bidang.
  • Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000.

Nota: Program ini menyediakan bantuan dari segi peralatan, kelengakapan dan input bagi menjalankan projek.

 

CARA PERMOHONAN AKTIVITI EKONOMITAMBAHAN (AET)

Kepada pekebun kecil yang berminat dan berkelayakan yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Lengkapkan borang permohonan dengan lengkap mengikut format disediakan. Muat turun borang DI SINI 
  2. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan. Muat turun DI SINI

 

MUAT TURUN BORANG BERKAITAN AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan borang berkaitan yang perlu disediakan:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA, sila layari website rasmi RISDA di pautan https://www.risda.gov.my/my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BMT RISDA (Bantuan Musim Tengkujuh) 2022

 

1 thought on “BORANG PERMOHONAN  PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) RISDA RM20000”

Leave a Comment