TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE (Cara Booking Slot Pemeriksaan Kenderaan)

TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE (Cara Booking Slot Pemeriksaan Kenderaan)

TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE (Cara Booking Slot Pemeriksaan Kenderaan)

Sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan bagi ururan tukar nama pemilik kenderaan, kini anda perlu membuat temujanji dahulu untuk berurusan di Puspakom. Ini bagi menggelakkan kepadatan dan masa menunggu yang lama.

Bagaimana cara untuk membuat temujanji secara online? Disini kami kongsikan caranya.

 

TUJUAN TEMUJANJI PUSPAKOM

Pihak Puspakom menguatkuasakan sistem temujanji online bertujuan seperti berikut:

  • Pemeriksaan kenderaan persendirian atau syarikat akan menjadi lebih mudah dan pantas.
  • Membantu menguruskan masa anda dengan lebih baik.
  • Pengaturan jadual pemeriksaan kenderaan yang lebih sistematik.
  • Boleh berurusan secara cashless atau tanpa tunai.
  • Keutamaan kepada pelanggan yang membuat temujanji online.

CARA TEMUJANJI ONLINE

NOTA: sebelum anda membuat temujanji online, pastikan anda ketahui:

  • Puspakom tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pembatalan dan pembayaran balik temujanji pemeriksaan.
  • Pelanggan hanya boleh menukar tarikh temujanji sebelum 3 hari daripada tarikh pemeriksaan dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Sekiranya anda ingin membuat urusan dengan Puspakom, berikut adalah cara membuat temujanji online:

  1. Layari pautan temujanji Puspakom online: mypuspakom.com.my
  2. Klik pada Register
  3. Pada Account type, buat pilihan anda sama ada Company/Individual
  4. Sekiranya tick pada Individual, isikan butiran pada ruangan yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • Kata Lalua
    • Pengesahan Kata Laluan
  5. Tekan register
  6. Seterusnya Login kembali akaun anda dengan menggunakan email dan kata lalaun
  7. Akan tertera satu NOTIS, sila baca NOTIS terlebih dahulu.
  8. Seterusnya pilih pada Temujanji Cawangan.
  9. Masukkan Butiran Kenderaan seperti yang diminta.
  10. Sila Pilih Jenis Pemeriksaan da tick pada kotak Khas.
  11. Buat pilihan Tujuan Pemeriksaan anda.
  12. Sila pilih Negeri dan Tarikh yang availabe. Tick pada kotak Cawangan dan Tarikh yang disediakan.
  13. Sila Pilih Slot Masa yang availabe, tekan teruskan.
  14. Isikan Maklumat Pembawa . (Anda boleh memilih Wakil atau Pemilik Kenderaan).
  15. Pengesahan Butiran Temujanji akan dipaparkan. Sila sahkan semua maklumat tepat dan pastikan semua Dokumen yang diperlukan ketika pemeriksaan. Klik pada butang Ya, Teruskan.
  16. Ringkasan Jumlah Pembayaran akan dipaparkan. Tekan butang Teruskan Pembayaran. Anda akan dibawa ke bahagian Bayaran.
  17. Pastikan anda mengesahkan Jumlah Bayaran dan Membuat Pembayaran secara online melalui pilihan method yang disediakan.Tekan butang Teruskan Pembayaran.
  18. Slip Pengesahan Temujanji anda akan dipamerkan. Anda akan diberikan QR Kod. (Sila bawa QR Kod ini pada hari pemeriksaan)
  19. Sila Muat Turun/Cetak/Screenshot Slip Pengesahan Temujanji anda untuk tujuan rujukan ketika pemeriksaan dibuat.
  20. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah ketika hendak membuat temu janji Puspakom online atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

PEMERIKSAAN PUSPAKOM PERCUMA: CARA TEMUJANJI PEMERIKSAAN KENDERAAN PERCUMA SECARA SUKARELA

1 thought on “TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE (Cara Booking Slot Pemeriksaan Kenderaan)”

Leave a Comment