SEMAK BAYARAN DUIT ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) RM1000

SEMAK BAYARAN DUIT ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) RM1000

DUIT EFS

Kepada rakyat Sarawak, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak telah memperkenalkan satu insentif bantuan bayi baru lahir Sarawak yang dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS). Kepada yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU  ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah hadiah RM1,000 kepada setiap anak kelahiran Sarawak mulai 1 Januari 2019, dalam bentuk simpanan, yang boleh dikeluarkan pada usia 18 tahun, untuk melanjutkan pelajaran, memulakan kerjaya mereka atau sebagai modal untuk perniagaan kecil..

 

SYARAT KELAYAKAN ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
  3. Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
  4. Bagi kategori anak angkat:
    • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
    • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

 

KADAR BAYARAN ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

  • Kadar bayaran adalah sebanyak RM1 000 bagi setiap kelahoran dalam bentuk simpanan

 

TEMPOH PENGELUARAN DUIT ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

  • Duit ETS ini boleh dikeluarkan pada usia anak 18 tahun
  • Sekiranya anak meninggal sebelum mencapai usia 18 tahun, waris boleh menuntut dengan mengemukankan sijil kematian asal ke Bank Islam

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan :

  • Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,
  • Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau
  • Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
  • Borang EFS yang diisi lengkap: Muat turun DI SINI

 

CARA PERMOHONAN DUIT ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

Kaedah pendaftaran EFS boleh dibuat di semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangan di seluruh Malaysia dengan mengisi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran.

  1. Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada JPN atau cawangan dan mereka seterusnya akan menghantar borang yang lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu. Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.
  2. Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
  3. Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.
  4. Apabila penerima genap 18 tahun, mereka boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam atau cawangan
  5. Bayi yang lahir tahun ini harus segera didaftarkan bagi membolehkan mereka menerima insentif yang disediakan kerajaan itu.
  6. Bagi bayi kalangan anak Sarawak yang lahir di luar negara, kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS)

Untuk semakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Duit Endowment Fund Sarawak (Efs), anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK 2022 (Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)

2 thoughts on “SEMAK BAYARAN DUIT ENDOWMENT FUND SARAWAK (EFS) RM1000”

Leave a Comment