TEMUJANJI ONLINE APAD: CARA PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)

TEMUJANJI ONLINE APAD (PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT)

TEMUJANJI ONLINE APAD (PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT)

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) segala urusan di kaunter APAD adalah secara janji temu berjadual.

Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan APAD? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji berjadual dengan pihak APAD.

 

PENGOPERASIAN KUANTER APAD

Memandangkan dalam tempoh PKP Fasa 1, pengoperasian kaunter APAD adalah seperti berikut:

  1. Permohonan membaharui
  2. Permohonan semula
  3. Permohonan melesenkan kenderaan mengikut surat tawaran kelulusan
  4. Serahan dokumen kelulusan
  5. Permohonan kad pemandu
  6. Permohonan Baharu
  7. Permohonan UbahSyarat

CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE

Sebagai peringatan, temujanji hanya nama yang didaftarkan sahaja boleh berurusan di APAD.. Untuk membuat permohonan temujanji online, berikut ada caranya:

  1. Layari pautan temujanji online APAD: https://www.apad.gov.my/temujanji/index.html
  2. Sila pilih mengikut tempat /cawangan yang bersesuaian untuk menempah slot temujanji
  3. Seterusnya anda dikehendaki mengisi maklumat diperlukan:
    • Pilih tarikh yang “available” mengikut bulan
    • Pilih jenis urusan temujanji anda
    • Pilih slot masa temujanji yang “available”
  4. Semasa anda memilih masa temujanji anda, paparan “Terma dan Peringatan” akan keluar, baca dan seterusnya klik tutup
  5. Seterusnya, pada tetapan butiran temujanji, isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Urusan temujanji,
    • No. telefon bimbit,
    • Nama Penuh
    • Email (jika ada)
    • Catatan bagi urusan (jika ada).
  6. Setelah siap isi semuanya, tekan Daftar untuk membuat tempahan temujanji.
  7. Sekiranya proses tempahan temujanji berjaya, pelanggan akan menerima Email.
  8. Sila cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.

CARA MEMBUAT SEMAKAN TEMUJANJI

Setelah proses pendaftaran temujanji online selesai, anda juga boleh membuat semakan temujanji anda. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan temujanji online APAD: https://www.apad.gov.my/temujanji/index.html
  2. Klik pada Semakan Pendaftaran
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  4. Klik pada Carian
  5. Semakan temujanji anda akan terpapar

SOALAN LAZIM

Bilakah waktu operasi kaunter dan jenis perkhidmatanterlibat?

Waktu operasi dan jenis perkhidmatan adalah berbeza mengikut negeri di bawah arahan / tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Semua operasi kaunter agensi terlibat pada masa ini akan terus beroperasi, tetapi mengikut tempoh masa dan jenis perkhidmatan yang akan dinyatakan di bawah, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Adakah setiap pelanggan dikenakan syarat untuk melakukan urusniaga di kaunter?

Ya, setiap pelanggan adalah diwajibkan memakai facemask dan hand sanitizer bagi memastikan tahap keselamatan adalah sentiasa terkawal semasa berurusan di kaunter. Pelanggan yang mempunyai simptom seperti demam, selsema dan batuk akan tidak dibenarkan berurusan di kaunter. Oleh yang demikian, semua pelangggan hendaklah memastikan tiada mempunyai simptom sebelum datang berurusan ke kaunter

Adakah terdapat syarat lain bagi mereka yang akan berurusan di kaunter?

Semua pihak yang berhasrat berurusan di kaunter adalah digalakkan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebaran maklumat lanju dan pertanyaan, anda boleh layari web rasmi APAD: https://www.apad.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI PUSPAKOM ONLINE (Cara Booking Slot Pemeriksaan Kenderaan)

2 thoughts on “TEMUJANJI ONLINE APAD: CARA PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)”

  1. salam sejahtera..saya hendak membuat kad pemandu bagi kereta sewa saya,tetapi saya tidak boleh masuk ke web
    APAD …maksud saya akses portal temujanji tidak bergerak atau tidak dapat klik untuk tarikh yang dipilih..
    adakah saya perlu walk in sahaja?

    Reply

Leave a Comment