BERAPA DEPOSIT RUMAH PERTAMA (Downpayment Rumah Subsale Lelong & Undercons)

BERAPA DEPOSIT RUMAH PERTAMA (Downpayment Rumah Subsale Lelong & Undercons)

DEPOSIT RUMAH

Sekiranya anda mempunyai perancangan membeli rumah, sudah semestinya anda ingin mengetahui kadar deposit yang diperlukan. Disini kami akan kongsikan kadar deposit bagi rumah Subsale, lelong dan undercons, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH SUBSALE LELONG UNDERCORNS

  • Rrumah subsale adalah rumah ‘secondhand’ dan dibeli atas tangan owner yang terdahulu
  • Rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel). Biasanya hartanah lelongan bank lebih murah 30%-50% dari harga pasaran.
  • Rumah undercon ialah rumah yang belum siap dibina. Kebiasaannya sebelum sesuatu projek itu siap, pemaju boleh mula mengiklankan dan menjual rumah yang sedang dalam pembinaan.

 

CARA PENYIMPANAN DEPOSIT RUMAH

Berikut adalah merupakan cara simpan duit bagi membantu anda menyediakan deposit:

  1. Kenal Pasti Keperluan atau Kehendak
    • Pertimbangkan belanja-belanja lain dan kenal pasti sama ada ia penting atau tidak.
  2. Tetapkan Amaun Perbelanjaan Lain
    • Hadkan amaun untuk perbelanjaan tidak perlu ini.
  3. Rekodkan Perbelanjaan
    • Rekodkan perbelanjaan setiap bulan dan dapat membantu anda mengumpul wang bagi menjelaskan bayaran deposit rumah.
  4. Tetapkan Target Simpanan
    • Tetapkan jumlah sasaran yang ingin dikumpulkan dan tempoh masa yang anda perlukan untuk kumpulkan deposit rumah ini.
  5. Rancang Hutang Kad Kredit
    • Jika pemilik kad kredit tidak berdisiplin, ia boleh menyebabkan pemilik terjerat dengan hutang kad kredit yang lebih tinggi.
  6. Keluarkan KWSP Akaun 2 untuk Rumah
    • Anda boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk beli rumah sebelum usia 50 atau 55 tahun.
  7. Gunakan Dividen ASBF
    • ASB Financing membolehkan anda membuat pinjaman daripada bank untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputra dengan jumlah pelaburan maksimum sebanyak RM200,000.

 

CARA BELI RUMAH TANPA DEPOSIT

Berikut adalah merupakan antara skim yang menawarkan pemilikan rumah tanpa perlu deposit:

  1. Skim MyDeposit
    • Skim MyDeposit merupakan insentif kerajaan bagi membantu bakal pembeli menyediakan deposit 10 peratus daripada harga jualan hartanah bawah RM500,000.
    • Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak dan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
    • Melalui skim MyDeposit, kerajaan akan membayar deposit bagi pihak anda dan melakukan pemantauan projek dari semasa ke semasa.
  2. Skim MyHome
    • Skim MyHome menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan membantu menyediakan perumahan kos rendah mampu milik bagi individu yang ingin beli rumah pertama di Malaysia.
    • Skim ini membolehkan bakal pembeli untuk tidak membayar deposit 10 peratus yang biasanya perlu dijelaskan semasa beli rumah di Malaysia kerana telah ditanggung atau disubsidikan oleh kerajaan.
  3. Skim Rent-To-Own (Sewa Beli Rumah)
    • Skim sewa beli rumah yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah sendiri.
    • Ia membolehkan anda menyewa rumah terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu, dengan pilihan untuk membelinya kelak pada harga yang ditetapkan.
    • Sebahagian daripada bayaran bulanan dimasukkan ke dalam tabung untuk membeli rumah.
    • Skim ini sesuai bagi anda yang tidak mempunyai simpanan untuk membayar deposit rumah.

 

KADAR DEPOSIT RUMAH LELONG

  • Kadar deposit biasanya ditetapkan 10%.
  • Sekiranya gagal dapatkan pembiayaan atau selesaikan bayaran penuh, kemungkinan bayaran downpayment akan hangus
  • Anda mungkin memerlukan tambahan modal tunai lain untuk menampung kos guaman, pindah milik, tunggakan, pembaikan dan lain-lain bergantung kepada rumah yang dibida.

 

KADAR DEPOSIT RUMAH LELONG SUBSALE

  • Kadar downpayment untuk rumah subsale adalah 10 peratus sekiranya margin pembiayaan 90%.
  • Bayaran downpayment 3.18% dikenakan semasa booking, diikuti dengan 6.82% semasa tandatangan perjanjian jual beli.
  • Walaubagaimanapun kadar downpayment biasanya bergantung kepada situasi tertentu seperti sesetengah tuan rumah yang memulangkan semula sebahagian downpayment rumah (selepas full disbursement) sebagai diskaun kepada pembeli.

 

KADAR DEPOSIT RUMAH UNDERCONS

  • Rumah dalam pembinaan biasanya menawarkan banyak rebat dan diskaun. Ia mengamalkan konsep yang sama seperti rumah subsale.
  • Diskaun dan rebat ini diterima secara terus daripada pemaju biasanya sekitar 9% bergantung pada pemaju. Ini bermaksud, anda mungkin membayar 1% sahaja untuk deposit.

 

ARTIKEL LAIN

CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH (Check Berapa DSR)

 

2 thoughts on “BERAPA DEPOSIT RUMAH PERTAMA (Downpayment Rumah Subsale Lelong & Undercons)”

Leave a Comment