CARA KIRA JUMLAH DUTI SETEM (Transaksi Harta Tanah & Dokumen Perjanjian)

CARA KIRA JUMLAH DUTI SETEM (Transaksi Harta Tanah & Dokumen Perjanjian)

DUTI SETEM

Duti setem ni merupakan cukai yang perlu dibayar Oleh pembeli ketika membeli sesuatu hartanah Walaubagaimana pun, bermula 1 Jun 2022 Mana mana hartanah yang dibeli dengan harga RM1.0 juta dan ke bawah, diberikan pengecualian. Disini kami akan kongsikan cara kira jumlah dutisetem, semoga membantu

 

APA ITU i-MILIKI

Inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022. Melalui inisiatif ini pengecualian dutisetem sehingga 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 dan ke bawah.

Meskipun pengecualian dutisetem itu akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan itu merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia.

 

MATLAMAT PEMBERIAN i-MILIKI

Berikut adalah merupakan matlamat i-miliki ini:

  • Memastikan lebih ramai rakyat negara ini memiliki rumah terutama golongan B40
  • Kerajaan berharap lebih banyak kediaman mampu milik dapat disediakan oleh pihak pemaju perumahan yang menepati had pendapatan Keluarga Malaysia berdasarkan lokaliti
  • Membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat
  • Melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik

 

KADAR INISIATIF PENGECUALIAN DUTI SETEM i-MILIKI

Pengecualian ini ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.Berikut adalah merupakan inisiatif yang diumumkan:

  • Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian dutisetem adalah sebanyak 100%.
  • Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.

 

TEMPOH PENGECUALIAN DUTI SETEM

Pengecualian dutisetem adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh seperti berikut:

  • Mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

 

KADAR INISIATIF PENGECUALIAN CUKAI DUTI SETEM i-MILIKI

Pengecualian ini  bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai

  • RM500,000

 

TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI DUTI SETEM

  • Tempoh Pengecualian CUKAI dutisetem ini sehingga 31 Disember 2025.

 

CARA KIRA PENGECUALIAN DUTI SETEM

Contoh kiraan bagi pengecualian ini adalah seperti berikut:

 

Duti Setem Bagi Transaksi Harta Tanah

Duti ini dikenakan bagi setiap pindahmilik Hartanah dengan pengiraan berikut:

  • RM100,000 pertama : 1%
  • RM100,001 – RM500,000 : 2%
  • RM500,001 – RM1.0 juta : 3%
  • Melebihi RM1.0 juta : 4%

Contoh: Jika harga rumah dibeli pada harga RM500,000…duti dikira:

  • RM100,000 X 1% = RM 1,000
  • RM400,000 X 2% = RM 8,000
  • JUMLAH = RM 9,000

 

DutiSetem Bagi Dokumen Pinjaman

Duti ini dikenakan sebanyak 0.5% Daripada jumlah pinjaman tersebut. Ambil contoh yang sama di atas

  • Harga: RM500,000 namun pinjaman yang dipohon
  • Adalah 90% bersamaan RM450,000
  • RM450,000 X 0.5% = RM2,250

 

Pengecualian Duti Setem

  • Pindah milik bagi Rumah Pertama sahaja
  • Pengecualian yang diumumkan:
    • Harga RM500,000 ke bawah – 100%
    • Harga RM1.0 juta ke bawah –    50%
  • Tempoh: 1 Jun 2022 – 31 Disember 2023
    • Harga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025

 

  • Dengan kadar RM9,000 (DutiSetem Bagi Transaksi Harta Tanah)
  • Dan RM2,250 bagi perkara (DutiSetem Bagi Dokumen Pinjaman)
  • Maka penjimatan adalam sebanyak RM11,250

 

ARTIKEL LAIN

BERAPA DEPOSIT RUMAH PERTAMA (Downpayment Rumah Subsale Lelong & Undercons)

 

3 thoughts on “CARA KIRA JUMLAH DUTI SETEM (Transaksi Harta Tanah & Dokumen Perjanjian)”

Leave a Comment