CARA BUKA AKAUN CDS RHB INVESTMENT BANK ONLINE & CAWANGAN

CARA BUKA AKAUN CDS RHB INVESTMENT BANK ONLINE & CAWANGAN

CDS RHB INVESTMENT BANK

Kepada anda yang ingin membuat pelaburan dan investment dalam Bursa Malaysia bagi menambahkan jana pendapatan tambahan, anda kini boleh melaburkannya menerusi RHB Investment Bank. Disini kami akan kongsikan cara buka akaun CDS RHB Bank secara onlibe dan juga di cawangan, semoga membantu.

 

PENGENALAN RHB BANK

RHB Bank yang merupakan salah satu bank komersial yang terbesar di Malaysia, demi menyelesaikan masalah pelanggan dalam urusan transaksi wang akan sentiasa berkembang dan berevolusi dalam memberikan perkhidmatan terkini. Kini, platform untuk transaksi atas talian diperkenalkan oleh bank ini yang berusaha untuk memudahkan urusan harian pelanggannya.

 

APA ITU CDS RHB BANK

Central Depository System (CDS) atau Sistem Depositori Pusat digunakan oleh apra pelabur untuk memindahkan sekuriti dari satu akaun CDS ke akaun lain, dengan syarat pemindahan adalah mengikut sebab yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.

Urus niaga lain yang boleh dilakukan oleh pendeposit melalui CDS adalah mendaftar maklumat akaun bank, pengemaskinian butir-butir akaun, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, deposit sijil saham, pengeluaran saham syarikat yang dinyahsenarai dan penutupan akaun CDS.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa ingin membuka akaun CDS RHB Investment Bank iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan – 5 salinan
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini – 2 salinan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini – 1 salinan

 

CARA BUKA AKAUN CDS RHB INVESTMENT BANK ONLINE

Berikut adalah merupakan cara membuka atau pendaftaran CDS RHB secara online:

  1. Layari pautan RHB Trade Smart
  2. Pilih Branch dam klik Next
  3. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan:
    • Nama
    • Alamat Email
    • Nombor Telefon
    • Pilih Jenis Akaun
    • Jenis ID Anda
    • No Kad Pengenalan / No Passport
    • Username
    • Password
    • Nama Ibu
  4. Selepas memasukkan semula password anda, klik butang Submit.
  5. Pegawai RHB Bank yang bertugas akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja.

 

CARA BUKA AKAUN CDS RHB INVESTMENT BANK DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin membuka di cawangan RHB Bank, Berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Pastikan anda sediakan segala dokumen yang diperlukan
  2. Kunjungi cawangan RHB Investment bank di alamat berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CDS RHB Invenstmen Bank, anda boleh menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:

  • Email : [email protected]
  • Nombor telefon : 03-9206 8118
  • Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat

 

ARTIKEL LAIN

PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online RHB Now)

Leave a Comment