CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI SPR ONLINE (Pindah)

CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI SPR ONLINE (Pindah)

TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI

Setiap 5 tahun, Malaysia akan mengadakan pilihanraya bagi menentukan ketua pentadbir negara dan negeri untuk pentadbiran yang lebih lancar dan cekap. Sudahkah anda membuat semakan tempat mengundi? Bagi anda yang telah berpindah dan ingin membuat pertukaran tempat mengundi, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar alamat tempat mengundi SPR secara online, semoga membantu.

 

APA ITU PILIHANRAYA

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

 

TARIKH PILIHANRAYA 2022 (PRU Ke-15)

Berikut adalah merupakan tarikh PRU Ke-15:

  • Penamaan Calon: 05 November 2022
  • Undi Awal: 15 November 2022
  • Undi Biasa: 19 November 2022

 

ADAKAH TEMPAT MENGUNDI BOLEH DITUKAR?

Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

 

KENAPA PERLU MENUKAR TEMPAT MENGUNDI?

Merujuk kepada Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

 

CARA KEMASKINI ALAMAT DI MYKAD

Sekiranya anda ingin menukar tempat mengundi, pastikan terlebih dahulu anda menukar alamat di kad pengenalan anda mengikut alamat anda bermastatutin. Berikut adalah merupakan cara pengemaskinian alamat pada MyKad anda:

  • Hadi ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran anda
  • Pastikan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah sebagai bukti alamat baharu seperti:
    • Bil utiliti
    • Cukai taksiran
    • Borang taksiran cukai pendapatan.
  • Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah / perjanjian / resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon.
  • Pemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
  • Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Tuai Rumah / Penghulu / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.

 

CARA PERMOHONAN TUKAR ALAMAT MENGUNDI SPR ONLINE

Setelah anda selesai kemaskini alamat di MyKad anda, berikut adlaah cara menukar alamat tempat mengundi secara online iaitu:

  1. Layari portal MySPR 
  2. Log masuk ke akaun anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Klik pada Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status)
  4. Di bahagian 1 pilih pada KATEGORI PEMILIH
  5. Isikan dengan lengkap maklumatt alamat seperti dalam kad pengenalan / alamat tempat bertugas / alamat tempat bertugas pasangan dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Setelah siap diisi, semak kembali maklumat anda dan klik Hantar
  8. Seterusnya klik pada MOHON TAC an masukkan No TAC tersebut yang diterima melalui SMS dan klik Hantar
  9. Anda akan menerima notifikasi melalui email, Borang A Telah Diterima Dan Sedang Disemak Untuk Kelulusan Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

 

CARA PERMOHONAN TUKAR ALAMAT MENGUNDI SPR MANUAL

Setelah anda selesai kemaskini alamat di MyKad anda, berikut adlaah cara menukar alamat tempat mengundi secara manual iaitu:

  • Pemilih boleh hadir di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Menara SPR, Putrajaya dengan membawa kad pengenalan
  • Pemilih juga boleh hadir ke mana-mana cawangan Pejabat Pos

 

ARTIKEL LAIN

TARIKH PENTING PRU-15 (Penamaan Calon & Hari Mengundi SPR)

Leave a Comment