PERMOHONAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM YAYASAN VETERAN ATM

PERMOHONAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM YAYASAN VETERAN ATM

INSENTIF YAYASAN VETERAN ATM

Kepada untuk anak-anak Veteran ATM yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2021, untuk makluman kini Yayasan Veteran ATM sedang membuka permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kepada yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu,

 

APA ITU INSENTIF YAYASAN VETERAN ATM

Insentif Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwujudkan untuk membantu veteren ATM untuk meringan sedikit beban kos perbenlanjaan pendidikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran selain sebagai memberi penghargaan kepada anak-anak veteran ATM yang telah menunjukan pertasi cemerlang dalam pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

TARIKH PERMOHONAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM

Permohonan boleh dibuat secara online mulai sekarang sebelum 1 Oktober 2022.

 

SYARAT PERMOHONAN INSENTIF YAYASAN VETERAN ATM

Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  • Terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022).
  • Tuntutan insentif ini hanya kepada calon yang mendapat keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022.
  • Keputusan SPM pemohon mestilah sekurang-kurangnya 6A- dan ke atas.
  • Pemohon hanya layak memohon sekali sahaja.
  • Keutamaan insentif adalah kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling cemerlang.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik  semasa membuat permohonan secara online:

  • Salinan MyKad Veteran ATM.
  • Surat akuan berkanun/Sijil Anak Angkat bagi anak angkat di bawah jagaan yang sah. (jika berkaitan)
  • Sijil nikah bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri. (jika berkaitan)
  • Sijil kelahiran bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri. (jika berkaitan)
  • Salinan Mykad / Mykid Pelajar Spm / Anak Spm
  • Sijil Keputusan Spm / Transkrip Spm

 

CARA PERMOHONAN  INSENTIF YAYASAN VETERAN ATM

Kepada pemohon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Klik google form Borang Permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) Tahun 2021 Kepada Anak-Anak Veteran Angkatan Tentera Malaysia fbclid=IwAR1QIsPHVT86F_NWhtMARrxkfsl4GSppzKuupaZQpeMZrZQw81VkPmjkg2Q.
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM, sila berhubung Yayasen Veteran ATM dengan cara berikut:

 

ARTIKEL LAIN

BERAPA DEPOSIT RUMAH PERTAMA (Downpayment Rumah Subsale Lelong & Undercons)

 

1 thought on “PERMOHONAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM YAYASAN VETERAN ATM”

Leave a Comment