BILA GAJI BULAN OKTOBER MASUK? (Semak Tarikh Bayaran)
Bila tarikh pembayaran gaji atau jadual gaji 2023 bulanan penajwat awam/kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (penjawat awam).
Berikut adalah lampiran jadual pembayaran gaji atau emolumen bulanan kakitangan awam / penjawat awam bagi tahun 2023 mengikut tarikh gaji sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia. Lampiran dibawah mewakili satu tarikh gaji untuk kementerian dan jabatan semua negeri.
Umum sedia maklum bahawa jadual bayaran gaji bulanan yang dikeluarkan setiap tahun telah memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang serta menguruskan perbelanjaan isi rumah mahupun kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berhemah. Kepada anda yang ingin mengetahui bila gaji bulan tahun 2023 dibayar, kami akan kongsikan kepada anda seperti maklumat dibawah.
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN AWAM 2023
Berikut dikongsikan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2023 bulanan kakitangan kerajaan sektor perkhidmatan awam termasuklah tarikh dan hari pembayaran dibuat:
- Gaji kakitangan awam kerajaan tahun 2023 (Government) sektor awam dibayar sebulan sekali
- Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2023 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sekiranya terdapat perubahan, jadual / tarikh pembayaran gaji penjawat awam kerajaan akan dikemaskini dengan kadar segera
TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM 2023
Paparan jadual pembayaran di bawah adalah merangkumi satu tarikh gaji Penjawat Awam atau Kakitangan Awam 2022 Kerajaan semua Kementerian / Jabatan Persekutuan untuk seluruh negeri sila rujuk di bawah:
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | – |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | – |
April | 17.04.2023 | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu &Ahad) |
Mei | 19.05.2023 | Jumaat | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | – |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | – |
September | 25.09.2023 | Isnin | – |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | – |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2022 (Isnin) |
Nota: Satu Tarikh Gaji untuk semua Negeri
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2023 boleh rujuk melalui judul pautan surat pekeliling Akautan Negara Malaysia Jadual Gaji 2023 yang disertakan di Portal Rasmi JANM
ARTIKEL LAIN
CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP