ePENAWARAN BIASISWA KPM 2022 (Permohonan Sambung Pengajian)

ePENAWARAN BIASISWA KPM 2022 (Permohonan Sambung Pengajian)

ePENAWARAN BIASISWA KPM

Bagi mana-mana guru yang ingin sambung pengajian, penajaan biasiswa ini adalah khas untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih lagi berkhidmat. Apa yang menarik, anda boleh mohon cuti belajar dengan bergaji penuh.

Sebelum membuat permohonan, guru-guru yang masih berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk kemaskini eOperasi terlebih dahulu. Ini adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses permohonan.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak bertugas di sekolah, boleh terus mengisi maklumat dalam borang permohonan ePenawaran.

 

APA ITU HLP

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) adalah biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

 

SYARAT PERMOHONAN ePENAWARAN BIASISWA KPM

Berikut ialah syarat-syarat sebelum memohon ISMP e-IJAZAH

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan;
  6. Hanya calon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa;
  7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET);
  8. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada);
  10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik;
  11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

 

TARIKH PERMOHONAN HLP

Berikut adalah merupakan tarikh permohonan HLP KPM 2022 yang telah ditetapkan:

  • Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022

 

CARA MOHON ePENAWARAN BIASISWA PERGURUAN

Berikut ialah cara untuk buat permohonan e-IJAZAH1:

  1. Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
  2. Lihat tawaran terkini
  3. Untuk tahun 2021, ada TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
  4. Pastikan anda berada di tab PERMOHONAN BARU
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Sahkan Kata Laluan
  8. Pilih Program PENDIDIKAN
  9. Tekan butang MASUK
  10. Lengkapkan permohonan untuk memohon ISMP seperti berikut:
    • Menu DIRI
    • Menu PENGAJIAN
    • Menu AKADEMIK
    • Menu KO-KURIKULUM
    • Menu IBUBAPA / PENJAGA
  11. Sila MUAT NAIK dokumen yang dikehendaki. Tidak perlu hantar hardcopy.
  12. Sila baca dan buat perakuan dengan tanda tick
  13. Tekan butang SIMPAN
  14. Tekan butang HANTAR

 

CARA KEMASKINI PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN

  1. Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
  2. Klik terus TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
  3. Pastikan anda berada di tab KEMASKINI PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Pilih Program PENDIDIKAN
  7. Tekan butang MASUK
  8. Sila kemaskini maklumat permohonan seperti:
    • Diri
    • Pengajian
    • Akademik
    • Ko-kurikulum
    • Ibubapa / penjaga

 

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA HLP DAN HLPS PPP AMBILAN TAHUN

Semakan Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui:

  • Pautan https://epenawaran.moe.gov.my 
  • Mulai 14 Jun 2022 (Selasa), jam 3:00 petang.

 

SEMAKAN BIASISWA PERGURUAN EPENAWARAN

KEPUTUSAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) AMBILAN TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ mulai 19 Ogos 2022 (Jumaat), jam 3.00 petang.

ePENAWARAN BIASISWA KPM

 

MAKLUMAT LANJUT ePENAWARAN BIASISWA KPM

Jika guru-guru ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ePenawaran, sila hubungi urusetia seperti di bawah: terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

  • 03-8884 3823
  • 03-8884 3674

 

ARTIKEL LAIN 

BIASISWA ISMP 2022 (PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN)

2 thoughts on “ePENAWARAN BIASISWA KPM 2022 (Permohonan Sambung Pengajian)”

Leave a Comment