BILA MULA BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN (Dah Tamat Belajar)

BILA MULA BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN (Dah Tamat Belajar)

BILA MULA BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN

Bagi peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian, semestinya anda dikehendaki untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Tetapi bilakan tempoh mula bayar balik pinjaman PTPTN? Disini kami akan kongsikan kepada anda tempoh bila mula bayar balik Pinjaman PTPTN yang telah ditetapkan, semoga membantu.

 

KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

 

TEMPOH MULA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Berikut adalah merupakan tempoh bayaran balik yang perlu dilaksanakan oleh peminjam iaitu:

  • Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat tempoh pengeluaran pinjaman TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
  • Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
  • Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
  • Tempoh bayaran balik bagi peminjam adalah berdasarkan baki pinjaman.

 

PENGECUALIAN PEMINJAM PTPTN TAMAT PENGAJIAN DENGAN IJAZAH KELAS PERTAMA

Bagi pelajar yang tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya, anda adalah LAYAK mendapat PENGECUALIAN bayaran balik pinjaman PTPTN. Namun, anda mestilah buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman dalam tempoh 60 hari dari tempoh tamat belajar.

Bagi yang nak buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh buat terus ke pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

 

CARA CHECK BAKI PINJAMAN PTPTN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman pendidikan iaitu:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN.
  2. Klik pada menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online
  3. Paparan akan menunjukkan jumlah baki pinjaman semasa

 

CARA BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN

Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembayaran balik PTPTN iaitu:

  • Bayaran Balik Melalui Kaunter
  • Bayaran Balik Secara Dalam Talian
    • Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
    • Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
    • Melalui MypayPTPTN (mygovmobile.malaysia.gov.my)
  • Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
  • Bayaran Balik Melalui Debit Terus
  • Bayaran Balik Melalui KWSP

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

  • Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
  • Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?

  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?

  • Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

 

ARTIKEL LAIN

PERBEZAAN PERBANDINGAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN (PTPTN MARA JPA)

Leave a Comment