PERMOHONAN ISMP 2024(Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

PERMOHONAN ISMP 2024(Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN ISMP

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam telah dibuka. Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan 

 

APAKAH BIASISWA ISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

 

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA ISMP 

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

 

BIDANG YANG LAYAK MEMOHON BIASISWA ISMP

Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti  di bawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Dini
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Kimpalan

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2023

Tarikh permohonan  dibuka secara dalam talian (online) mulai jam 5.00 petang, 24 Mac 2023 hingga 21 April 2023.

 

PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN ISMP

Untuk membuat permohonan biasiswa ISMP, sila ikuti langkag berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
  2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  6. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  7. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  8. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  9. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  10. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  11. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  12. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN ISMP  AMBILAN TAHUN 2023

Semakan keputusan boleh dibuat mulai (Akan dikemaskini)

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN ISMP AMBILAN TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/   

 

MAKLUMAT LANJUT

Kepada calon-calon yang berminat untuk memohon. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
  • Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
  • Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
  • Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154
  • E-mel: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

ePENAWARAN BIASISWA KPM 2022 (Permohonan Sambung Pengajian)

1 thought on “PERMOHONAN ISMP 2024(Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)”

Leave a Comment