PERMOHONAN BANTUAN BULANAN WARGA EMAS JKM RM500 SEBULAN
Anak-anak sila ambil perhatian. Anda kini boleh buat permohonan bantuan bulanan warga emas sebanyak RM500. Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.
APA ITU BANTUAN BULANAN WARGA EMAS JKM
Bantuan Bulanan warga emas JKM yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
KADAR BANTUAN
kepada warga emas yang berkelayakan akan menerima bantuan RM500 sebulan
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BULANAN WARGA EMAS JKM
Sila baca kriteria di bawah untuk melihat kelayakan sebelum membuat permohonan:
- Pemohon mestilah seorang warganegara
- Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysia
- Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM
- Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
NOTA: Walaubagaimanapun, jika tidak menepati kelayakan di atas, masih layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Namun hanya mana-mana kes yang berkeperluan.
CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM500
Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua boleh dibuat dengan menghubungi dan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Kami sarankan anda download dan isi borang permohonan bantuan JKM siap-siap.
Sebaik-baiknya, pada pendapat kami, permohonan bantuan Warga Emas ini dibuat secara online melalui sistem eBantuanJKM.
Berikut ialah cara untuk melihat pertimbangan pemberian bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakt sebelum memohon bantuan bulanan RM500 Warga Emas secara online:
- Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sni: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuanJKM
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan
- Klik butang Daftar Permohonan
- Pilih Negeri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang
- Contohnya: 60010145555 dan bukannnya 600101-14-5555
- Klik butang Daftar
- Isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
- Isi Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan
- Isi Pendapatan Isteri / Suami
- Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
- Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain)
- Masukkan lain-lain pendapatan
- Masukkan maklumat pemilikan kereta
- Tick jika ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
- Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond
- Lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
- Tekan butang Keputusan
- Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, sila hubungi JKM untuk maklumat lanjut
- Nombor telefon: 03 – 8000 8000
- Email: [email protected]
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18 , No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
Sils hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Sila ambil maklum bahawa pemohon atau wakil dikehendaki hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam sistem eBantuanJKM.
- Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
- Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen yang perlu disediakan untuk bantuan bulanan RM500
- Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
- Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah
- Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan
- Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta
ARTIKEL LAIN
JADUAL BAYARAN JKM (Tarikh Duit Masuk Bank 2023)
Klau warga emas tinggal bersama cucu. Bole apply tak
Saya berkerja kerajaan dan suami saya kerja swasta. Saya yang jaga nenek saya tu. Macamana bole apply untuk nenek saya tak
Saya nk mohon rayuan bantuan buat warga emas iaitu Ismail bin Yunan
MACAM MANA CARA UNTUK DAPATKAN SALINAN LAPORAN PEGAWAI PERUBATAN DARI HOSPITAL AYAH TAK SAKIT CUMA UZUR TUA 87 TAHUN / TERBARING
Kenapa sarawak tiada tersenarai dalam bantuan bulanan untuk warga emas?
mak ayah tak kerja dulu dh mohon tp x dpt..org kebajikn dh dtg rumah tng..bg balik surat kt tak layak….boleh tak bg tau mcm ne nk mohon..
Emak umur dia 60 .Kita bantuan ibu tunggal
SARAWAKIAN DAPAT POHON KAH?
ada tarikh tutup permohonan tak ni?
Macam Mana Nak dapat duit ini….lamah sudah kmi x mempunyai masalah ini
Salam,
Kami dah buat permohonan emak kami, tetapi ditolak, alasan anak2 sudah bekerja,
Untuk pengetahuan.. emak sy seorang warga emas, dan seorang pemegang kad oku dan tidak bekerja… Anak2 bekerja cuckup2 makan sahaja, data dari mana pihak jkm bandar baharu kedah dapat ye… Menolak permohonan begitu mudah… Sebagai rakyat yg memerlukan bantuan kami amat kecewa dgn penolakan yg tiada usul periksa dan siasatan lengkap..
0195003001
.nnnti prgi bawa slip gaji semua anak YG berkerja, tunjukkn cukup ke Kita NK Bantu ibu Saudara nie …
Sekiranya salah seorang anggota keluarga(OKU) mendapat bantuan JKM setiap bulan, adakah ibubapa yg warga emas tiada pendapatan tetap layak memohon bantuan JKM walaupun serumah?Saya pernah dibagitahu pegawai JKM hanya seorang layak bantuan JKM untuk seisi rumah.
Salam JKM Terengganu, utk skim bantuan kewangan bulanan orang tua, kalau ikut kadar yg diberikan adalah RM350/seorang.
Soalan saya, adakah kadar tersebut utk seorang sahaja (pemohon) @ berpasangan (suami & isteri)?
Jika kadar tersebut RM350 utk seorang(pemohon), maka adakah layak pasangan (isteri) tersebut memohon juga?
Pemohon (suami) layak RM350.
Pasangan (isteri) layak RM350 juga @ tidak layak?
Mohon pencerahan JKM ya, tq.
My parents pass away I’m single
saya ialah seorang duda, mepunyai lima orang anak saya tinggal dengan se orang anak harap permohonan saya berjaya dengan budibichara tuan. terimah kaseh.
Yaa..Saya pun nak isi tadi untuk ayah..Tapi Sarawak tak ada…
Sarawak warga emas kaya2 kali ehhh… sik ada dalam list…
Orang Serawak memanglah kaya.
whatapp 0169889872
Pkmd kerja mkn gaji buta.dlu buat manual sekarang online.in my case is kad oku mkcik sy hilang.pergi pkmd apply check computer none the name or bantuan.very stupid.so lazy to check manual you auta check komputer find the name none of it.so lazy n stupid.kenapa menyusahkan oku.dosa.bantuan still dapat tp just kad hilang you suruh buat semula semua sekali seperti apply baru.very annoyying your work.menyusahkan org oku.siasat lah staf lembab awk ni.
to get rm350 this old man need to go through all those steps and presrnt myself at JKM.. when they take my money, so easy peasy…
I am 64 years old and I am an Indian Christian Malaysian. I no longer work and have been living on my saving since my husband passed away 10 years ago and no children either. I live alone in an apartment which belongs to my late brother. The house does not belong to me but I do pay the maintenance and bills. I am running out of my saving bank account and I need help. Yes, I do get help one-year three-time from the government but it does not help that much. I came to know about this CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350. How do I go about to register online. I am not good in my Bahasa Malaysia so please pardon me.
Saya berusia 64 tahun dan saya seorang rakyat Malaysia Kristian India. Saya tidak lagi bekerja dan telah hidup atas simpanan saya sejak suami saya meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Saya tinggal bersendirian di sebuah apartmen yang dimiliki oleh mendiang abang saya. Rumah ini bukan milik saya tetapi saya membayar penyelenggaraan dan bil. Saya kehabisan akaun bank simpanan saya dan saya memerlukan bantuan. Ya, saya mendapat bantuan satu tahun tiga kali daripada kerajaan tetapi ia tidak banyak membantu. Saya datang untuk mengetahui tentang CARA INI BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350. Bagaimana saya boleh mendaftar dalam talian.
Sama mak saya pn mcm tu juga da Bertaun
Assalamualaikom,
Saya berumor 66 tahun tinggal bersama seorang cucu angkat, tiada pendapatan tetap dan tiada pencen, kadang2 ibu juga tinggal bersama umor 86 tahun tidak bolih berjalan dan berpenyakit kencing manis darah tinggi dan sakit jantong.
Bagaimana cara saya nak memohon BANTUAN BULANAN RM350 WARGA EMAS untok saya dan juga ibu saya yang uzur itu.
Sekian terima kasih.
Nak tanya kenapa kenderaan , aircond rumah dikira prndapatan…air cond rumah tak menghasilkan duit..mengeluarkan duit ada…sy nak mohon utk ayah warga emas..tapi disebabkan saya telah pasang aircond dirumah dia dn dlm borang online ada tick aircond rumah sebagai pendapatan jadi tidak layak..mohon pencerahan
Same dah semak tapi katanya tidak memenuhi saringan awal? Adoiii
Emak saya warga emas berumur 63 tahun,seorang ibu tunggal..tinggal bersendirian…boleh ke saya nak memohon untuk emak saya???
Kenapa x da utk sarawak lah? Sila jwb…
Klau ibu tunggal boleh mohon ke tpi dia ada ank jagaan 2 org lg
Saya seorang wargaemas bujang berumor 67 tinggal seorang diri. Saya tiada pendapatan tetap dan tiada pencen. Saya sudah memohon 2 kali tapi tiada pegawai jkm dtg tgk rumah dan tiada dpt jawapan atas pemohonan saya. Sy duduk di sri gombak dan buat pemohonan di pej jkm tmn samudera
Mak sy ibu tunggal..umur 68thn..xbekerja..tadi dah siap dah semua borang dgn dokumen..nak p hantar kat jkm kuala kangsar.kata nya p ke jkm sg siput..dah ke sg siput kata nya suh g kuala kangsar..then pastu nak pngesahan pendapatan dr ketua kg..hadoii..mcm2 hal la musim2 pkp nie..mmg mnyusahkan
Sarawak not in the lists. Please rectify and add Sarawak. Peoples complain here not even one being replied. Why!!? Tidur kah.
Pemohon dari Sarawak kenapa tiada? Sila jawab. Terima kasih