CARA SEMAK MATA DEMERIT DI MyJPJ APP (JPJ KEJARA)

CARA SEMAK MATA DEMERIT DI MyJPJ APP (JPJ KEJARA)

SEMAK MATA DEMERIT MyJPJ

Dengan mewujudkan aplikasi MyJPJ, anda kini boleh menyemak mata demerit yang dinilai melalui Sistem KEJARA secara online . Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk menyemak menerusi MyJPJ, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM KEJARA

Sistem Kejara adalah singkatan kepada Sistem Kesalahan Jalan Raya, Iaitu suatu prosedur  pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

 

TARIKH PERLAKSAAN SISTEM KEJARA

Sistem ini akan mula berkuatkuasa pada 15 April 2017.

 

KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN MATA DEMERIT

Berikut adalah merupakan kesalahan terjadual yang telah disenaraikan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017 iaitu:

  1. Menjaga suatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah
  2. Memandu atau menjaga suatu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan
  3. Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa
  4. Gagal mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis
  5. Gagal mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila di kehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis
  6. Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau mungkin mendatangkan bahaya
  7. Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa kebenaran terdahulu Ketua Pengarah
  8. Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau dengan tumpahan daripada kenderaan barangan
  9. Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau boleh menyebabkan bahaya
  10. Gagal atau mengabaikan arahan pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas dalam mengawal selia lalu lintas
  11. Orang yang memandu atau mendorongi kenderaan motor yang gagal atau mengabaikan mematuhi isyarat lalu lintas yang berikut:-
    • isyarat merah;
    • isyarat berhenti pada simpang jalan; atau
    • isyarat had laju, dengan :-
      • melebihi 40 km sejam;
      • melebihi 25 km ke 40 km sejam; atau
      • melebihi 1 km ke 25 km sejam
  12. Gagal mematuhi isyarat merah
  13. Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan :-
    • melebihi 40 km sejam; (b) melebihi 25 km ke 40 km sejam
    • melebihi 1 km ke 25 km sejam
  14. Memotong kenderaan di garisan berterusan
  15. Memandu kenderaan barangan dengan melebihi had maksimum berat dengan muatan yang dibenarkan
  16. Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan yang ditetapkan dalam lesen atau perakuan kenderaan perkhidmatan awam
  17. Memandu, menunda, menolak atau meninggalkan tanpa berjaga suatu kenderaan di lorong kecemasan
  18. Memotong kenderaan motor di sebelah kiri
  19. Gagal memberi laluan kepada kenderaan yang diberi keutamaan
  20. Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain tanpa melalui suatu alat bebas tangan semasa memandu
  21. Memandu kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan
  22. Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu
  23. Memandu motosikal tanpa memakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu

 

KESAN PEMBERIAN MATA DEMERIT

Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan terjadual akan diberikan mata demerit seperti berikut:

PERINGKAT

TINDAKAN

LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
20 mata pertamaAmaranBatal
20 mata keduaLesen digantung 6 – 8 Bulan
20 mata ketigaLesen digantung 8 -10 bulan
20 mata keempatLesen digantung 10 – 12 bulan

 

CARA SEMAK MATA DEMERIK GUNA MyJPJ

Kepada anda yang ingin semak mata demerit menerusi MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan menu utama klik pada Semakan Mata Demerik
  4. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang tersedia. Anda juga boleh menyemak mata demerik pihak ketiga dengan masukkan no kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut.
  5. Sekiranya sudah selesai, klik pada Hantar
  6. Paparan akan menunjukkan nama dan no kad pengenalan, dan dibawahnya pula akan menunjukkan paparan maklumat demerit anda

 

MAKLUMAT LANJUT SEMAK MATA DEMERIT MyJPJ

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai mata demerit sistem kejara, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

 

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR KATA LALUAN BARU MyJPJ APP (Reset Password Bagi Yang Terlupa)

 

1 thought on “CARA SEMAK MATA DEMERIT DI MyJPJ APP (JPJ KEJARA)”

Leave a Comment