CARA AKTIFKAN PB SECURESIGN PUBLIC BANK (Ganti SMS TAC)

CARA AKTIFKAN PB SECURESIGN PUBLIC BANK (Ganti SMS TAC)

PB SECURESIGN PUBLIC BANK

Terkini kepada para pelanggan Public Bank, pihak PB telah menambah baik ciri pengesahan trasaksi yang lebih pantas dikenali sebagai PB SecureSign. Sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar dan aktifkan dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PB SECURESIGN PUBLIC BANK

PB SecureSign ialah cara yang mudah dan selamat untuk mengesahkan transaksi dengan menggunakan pengecaman biometrik atau SecurePIN 6 digit. Ciri ini akan mengikat peranti anda dengan ID Pengguna PBe anda untuk keselamatan yang dipertingkatkan. Hanya satu daripada peranti berdaftar anda boleh diaktifkan dengan PB SecureSign.

 

MUAT TURUN APLIKASI PB ENGAGE MY

Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplika PB Engage MY di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:

  • Play Store nagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

 

CARA DAFTAR PB SECURESIGN MELALUI PB ENGAGE MY

Berikut adalah merupakan cara dafrar PB SecureSign menggunan aplikasi PB Engage My iaitu:

  • Buka aplikasi PB Engage My dan log masuk menggunakan akaun anda. Anda akan digesa untuk mendaftar PB SecureSign
  • Sediakan SecurePIN 6 digit baharu anda
  • Sediakan pengecaman biometrik untuk pengesahan yang lebih cepat dan selamat
  • Permohonan PB SecureSign anda telah diserahkan.
  • Untuk meneruskan sila teruskan untuk pengaktifan.

 

CARA AKTIFKAN PB SECURESIGN PUBLIC BANK

Setelah proses pendaftaran anda seelsai, berikut adalah merupakan beberapa cara untuk aktifkan PB SecureSign iaitu:

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PB SECURESIGN PUBLIC BANK

Mengapa PB SecureSign perlu diaktifkan?

  • Ini adalah untuk memastikan akaun anda dilindungi dan hanya disahkan oleh anda apabila anda melakukan proses pengaktifan PB SecureSign.

Bagaimanakah cara saya menukar PB SecureSign kepada peranti berdaftar lain?

Anda boleh menukar PB SecureSign anda kepada peranti berdaftar lain melalui langkah berikut:

  • Log masuk ke PB engage MY dengan peranti berdaftar lain.
  • Pergi ke Tetapan.
  • Ketik pada “PB SecureSign”
  • Anda akan digesa bahawa pengaktifan semula pada peranti ini akan membatalkan pendaftaran PB SecureSign anda daripada peranti lama.
  • Klik “Ya” untuk meneruskan.
  • PB SecureSign anda kini menunggu pengaktifan untuk peranti baharu anda. Sila aktifkan melalui ATM, cawangan atau e-mel ke [email protected].

Bagaimanakah saya mengenal pasti peranti yang mana PB SecureSign diaktifkan?

  • Anda boleh menyemak dengan pergi ke Tetapan > Pengurusan Peranti untuk senarai peranti. Peranti anda dengan PB SecureSign diaktifkan akan dipaparkan dengan simbol ini .

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai PB Securesign, anda boleh melayari website rasmi Public Bank 

 

ARTIKEL LAIN

CARA BLOCK KAD BANK MAYBANK CIMB BSN RHB PUBLIC BANK (Guna Telefon & Online)

4 thoughts on “CARA AKTIFKAN PB SECURESIGN PUBLIC BANK (Ganti SMS TAC)”

Leave a Comment