AEON CREDIT SERVICE(Permohonan Pinjaman Peribadi Online)

AEON CREDIT SERVICE(Permohonan Pinjaman Peribadi Online)

AEON CREDIT SERVICE

Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman AEON Credit? Untuk pengetahuan anda maklumat kelulusan akan dalam masa 1 hingga 3 hari. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada dokumentasi lengkap dan maklumat yang diterima oleh Perkhidmatan AEON Credit. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Personal Loan Credit secara online, semoga membantu.

 

APA ITU AEON CREDIT

AEON Credit dikenali sebagai syarikat credit terbesar di Malaysia dan yang terbaik dari segi perkhidmatan. Rangkaian penggunaan yang luas, jarang terdapat masalah dan begitu banyak promosi yang menarik membuat pelanggan berminat untuk memiliki kad kredit AEON.

 

SYARAT PERMOHONAN AEON CREDIT

Terdapat beberapa syarat dikenakan untuk mengehadkan semua orang daripada mendaftar dan mesti dipenuhi oleh setiap bakal pelanggan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  3. Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  4. Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  5. Bukan di bawah selaan AKPK.
  6. Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan mengikut katagori pendapatan:

  1. Hasil Pendapatan Tetap
    • Salinan NRIC (Depan & Belakang)
    • Slip Gaji Terkini (1 bulan) atau
    • Penyata KWSP terkini
  2. Hasil Pendapatan Boleh Ubah (berasaskan komisen)
    • Salinan NRIC (Depan & Belakang)
    • Penyata KWSP terkini atau
    • Penyata Komisen Terkini (6 bulan)
  3. Hasil Pendapatan Boleh Ubah (Bukan berasaskan Komisen)
    • Salinan NRIC (Depan & Belakang)
    • Slip Gaji Terkini (3 bulan) atau
    • Penyata KWSP terkini
  4. Bekerja Sendiri
    • Salinan NRIC (Depan & Belakang)
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan Syarikat (ROC & ROB) dan mana-mana dokumen sokongan di bawah
      • Penyata Akaun Semasa Prinsip Syarikat Terkini (6 bulan) atau
      • Terkini dikemas kini Buku Simpanan Akaun Simpanan Bank/ Penyata Bank atau
      • Borang BE/E terkini & Resit Pembayaran Cukai

 

CARA PERMOHONAN AEON CREDIT SERVICE

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan Personal Loan Credit secara online:

  1. Layari pautan AEON Credit: https://www.aeoncredit.com.my/personal-financing
  2. Klik pada Apply Now
  3. Tick pada Submit A New Application dan klik Next
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
    • Contact Details
    • Personal Details
    • Maklumat Pekerjaan
    • Rujukan Kecemasan (Individu Yang Tidak Menetap Bersama Anda)
    • Maklumat Pembiayaan
    • Maklumat Akaun Auto Debit
    • Maklumat Akaun Pembayaran
    • Muat Naik dokumen, upload dokumen yang diperlukan berdasarkan pendapatan anda
  5. Maklumat ringkasan permohonan akan tertera, anda boleh menyemak kembali maklumat anda tersebut. Sekiranya betul klik pada Next
  6. Tick pada terma dan syarat yang tertera, sebaiknya baca terlebih dahulu dan klik hantar.
  7. Anda akan menerima notifikasi permohonan diterima di email anda daftarkan, selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai AEON Credit Service, anda boleh layari website rasmi AEON di pautan https://www.aeoncredit.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR AKPK ONLINE(Guna Website AKPK & Maybank2u)

 

1 thought on “AEON CREDIT SERVICE(Permohonan Pinjaman Peribadi Online)”

Leave a Comment