CARA DAFTAR AMWAY ONLINE MALAYSIA (Register Login amway.my)
Pernahkah anda membeli dan menggunakan Produk Amway? Sekiranya ya sudah tentunya anda ingin membelinya lagi dengan harga ahli ataupun ingin menjual produk Amway ini.
Terkini Produk Amway ada bermacam jenis antaranya makanan tambahan untuk kesihatan , produk-produk kecantikan dan barangan rumah. Tetapi untuk menjadi ahli Amway anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara daftar Amway secara online, semoga membantu.
KELEBIHAN AHLI AMWAY
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menjadi ahli Amway:
- Anda boleh membeli produk Amway dengan harga yang lebih murah iaitu dengan harga ahli
- Jumlah penjimatan produk Amway ini pula anggarannya antara 20% – 25%.
SYARAT AHLI AMWAY
Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan:
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Mestilah warganegara atau pemastautin tetap (PR) Malaysia/Brunei.
HARGA YURAN PENDAFTARAN AHLI AMWAY
Berikut adalah merupakan harga yuran bagi ahli Amway:
- Daftar seorang diri sebagai APC: RM20 setahun
- Daftar atas nama bersama suami dan isteri sebagai ABO: RM60 setahun untuk tahun pertama.
PERBEZAAN APC DAN ABO AMWAY
Berikut adalah merupakan perbezaan antara ahli APC dan ABO Amway:
- ABO Boleh Berniaga Tetapi APC Tidak Boleh Berniaga
- Ahli ABO anda dapat Bonus Tunai Berterusan Untuk Keahlian Aktif dari segi jualan manakala ahli APC dapat membeli barangan Amway dengan harga ahli
CARA DAFTAR AMWAY ONLINE
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, berikut adalah merupakan cara daftar secara online:
- Layari pautan Daftar Amway
- Terdapat dua pilihan untuk menjadi ahli iaitu:
- Menjadi ABO
- Menjadi APC
- Klik pada pilihan anda inginkan
- Pada bahagian Pemohon Utama, lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Penentusahan Id
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Penaja
- Pengisytiharan & Penerimaan
- Pada bahagian Yuran Pendaftaran, lengkapkan maklumat pembayaran anda
- Pada Bahagian Semak dan Bayar, lengkapkan proses pembayaran yuran keahlian
- Pada Bahagian ID Amway, akan terpapar no ID Amway anda
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Amway Online Malaysia, anda boleh layari website rasmi di pautan https://www.amway.my/
ARTIKEL LAIN
AEON CREDIT SERVICE 2022 (Permohonan Pinjaman Peribadi Online)