PERMOHONAN GERAN PELANCARAN JKM

PERMOHONAN GERAN PELANCARAN JKM

GERAN PELANCARAN JKM

Kepada kumpulan sasar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan boleh membuat permohonan bantuan Geran Pelancaran (GP). Di sini kami akan kongsikan cara permohonan dan maklumat mengenai bantuan ini, semoga membantu.


APA ITU GERAN PELANCARAN JKM

Geran Pelancaran oleh JKM diperkenalkan adalah dengan matlamat untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga. Selain itu untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

 

SYARAT KELAYAKAN GERAN PELANCARAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada individu yang ingin memohon:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Penerima bulanan JKM;
  4. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Bantuan Geran Pelancaran disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja.

 

KADAR BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM

Kadar bantuan yang diberikan adalah maksimum sebanyak RM2,700 secara one-off

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

Permohonan Secara Manual

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran
  2. Maklumkan kepada pegawai bertugas tentang permohonan bantuan geran pelanjaran ini.
  3. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.

Permohonan Secara Online

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan: eBantuanJKM  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Daftar permohonan mengikut negeri anda berada
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Lengkap maklumat yang diperlukan pada borang permohonan
  5. Setiap permohonan yang telah didaftarkan oleh pemohon akan dijalankan siasatan terlebih dahulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

NOTA: Pemohon WAJIB hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan menghadirkan diri ke pejabat akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Geran Pelancaran, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL BAYARAN JKM (Tarikh Duit Masuk Bank)

 

Leave a Comment