CARA DAFTAR SOCSO / PERKESO (Peniaga & Freelance)

CARA DAFTAR SOCSO / PERKESO (Peniaga & Freelance)

DAFTAR SOCSO PERKESO

Kepada peniagan ataupun bekerja sendiri, anda boleh membuat pendaftaran dan bayaran caruman dibawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri secara atas talian. Disini kami akan kongsikan cara daftar Socso (Perkeso) KWSP, semoga membantu

 

APA ITU MATRIX PERKESO

MATRIX ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL). Ia membenarkan Pekerja Sendiri untuk mendaftar dan menyemak status caruman mereka, dan membenarkan Pekerja Sendiri untuk membuat caruman dan pembayaran atas talian.

 

SYARAT KELAYAKAN SOCSO (PERKESO) KWSP

Berikut adalah meurpakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia / Pemastautin tetap
  • Individu yang menjalakan pekerjaan sendiri dengan tujuan menjana pendapatan tanpa mengira had umur.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan kad psv /profil ehailing/permit/lesen/sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk pada jenis sektor yang dipilih
  • Salinan SSM

 

CARA PEMBAYARAN CARUMAN SOCSO (PERKESO) KWSP

Berikut adalah merupakan cara pembayaran caruman:

  • Pembayaran boleh dibuat secara bulanan @ tahunan
  • Pembayaran boleh dibuat melalui pejabat perkeso
  • Pembayaran boleh dibuat melalui Internet Banking.

 

CARA DAFTAR SOCSO (PERKESO) KWSP ONLINE

Sekiranya anda berminat untuk daftar, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan PERKESO: https://matrix.perkeso.gov.my/
  2. Pada menu utama klik pada Log Masuk
  3. Kemudian klik pada Kali Pertama? Daftar Akaun Matrix
  4. Lengkapkan Maklumat yang diperlukan:
    • Jenis ID
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • Email
    • No telefon
  5. Tick pada terma dan syarat, masukkan Catcha yang tertera kemudian klik seterusnya
  6. Kemudian buka email anda dan klik pada pautan link yang terdapat untuk pengesahan pengaktifan akaun Perkeso anda

 

CARA PERMOHONAN SOCSO (PERKESO) KWSP ONLINE

Setelah selesai proses pendafataran, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan PERKESO: https://matrix.perkeso.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan No Kad pengenalan dan Kata Lalaun anda
  3. Pada menu utama, pilih pada Saya Bekerja Sendiri
  4. Baca penerangan yang tertera dan klik daftar
  5. Seterusnya pilih Katagori Perniagaan anda dan klik hantar
  6. Isikan segala maklumat yang diperlukan serta muat naik dokumen yang diperlukan
  7. Seterusnya pilih pelan caruman yang anda inginkan (tahunan/bulanan) mengikut kemampuan anda
  8. Tick pada terma da syarat kemudian klik pada Hantar & Bayar
  9. Ikuti proses pembayaran mengikut pilihan online banking anda hingga selesai
  10. Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima email notifikasi dan maklumat pembayaran. Simpan untuk rujukan anda
  11. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lankut mengenai Socso (Perkeso) KWSP, sila layari website rasmi Perkeso di pautan https://www.perkeso.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI LOKASI KARNIVAL JAMIN KERJAYA MALAYSIA 2022 (myfuturejobs.gov.my/careerfair/)

 

 

4 thoughts on “CARA DAFTAR SOCSO / PERKESO (Peniaga & Freelance)”

Leave a Comment