CARA GUNA KIOSK KWSP (Daftar i-Akaun & Kemaskini No Hp)

CARA GUNA KIOSK KWSP (Daftar i-Akaun & Kemaskini No Hp)

Cara Guna Kiosk KWSP

Setiap bulan bagi individu yang sudah bekerja, khususnya sektor swasta pasti akan terdapat amaun tertentu yang ditolak dan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda. Tetapi adakah anda tahu berapa jumlah terkumpul dalam akaun tersebut? Jika anda tidak ada akaun KWSP online, jemput baca cara menggunakan kiosk KWSP untuk check balance yang ada.

Kalau dahulu untuk membuat semakan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda perlu pergi ke kaunter mana-mana cawangan KWSP berhampiran. Agak leceh kerana memakan masa untuk beratur. Malahan, kalau cawangan tersebut adalah cawangan yang menjadi tumpuan, makan seharian jugalah untuk hanya membuat semakan. Mungkin sampai perlu mengambil cuti.

 

APA ITU KIOSK KWSP

Kiosk KWSP  adalah sebuah mesin berwarna biru, seakan ATM tetapi ia dibawah KWSP. Ia adalah satu inisiatif yang sudah tentu dapat memudahkan urusan pemilik akaun KWSP yang ingin membuat semakan.

 

CARA GUNA  MESIN KIOSK KWSP

Sudah tentu anda ingin tahu bagaimana cara guna kiosk KWSP ini, bukan? Pertama sekali anda perlu pastikan anda membawa kad pengenalan (IC) anda dan pergi ke kiosk KWSP yang boleh didapati di cawangan KWSP, sesetengah bank dan juga UTC.

Berikut adalah cara guna Kiosk KWSP :

  1. Sentuh skrin dan buat pilihan bahasa
  2. Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
  3. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
  4. Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
  5. Oleh kerana tujuan kita adalah untuk mencetak penyata, maka pilih untuk ‘Cetak Penyata’
  6. Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
  7. Jangan lupa ambil semula IC anda ya?

 

FUNGSI LAIN MESIN KIOSK KWSP

Selain daripada mencetak penyata, beberapa lagi fungsi lain yang boleh dilakukan melalui kiosk ini seperti:

  1. Mengemas kini nombor telefon untuk Transaction Authorisation Code (TAC)
  2. Mendaftar untuk i-Akaun (sekejap lagi penulis kongsikan mengenai ini)
  3. Membuat caruman (khusus untuk majikan)
  4. Semak atau mengemaskini profil

 

LOKASI KIOSK KWSP

Terdapat lebih 68 KWSP Kiosk di seluruh Malaysia dan anda boleh menyemaknya di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

 

ARTIKEL LAIN 

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10000 (Check Baki i-Akaun Ada Berapa)

1 thought on “CARA GUNA KIOSK KWSP (Daftar i-Akaun & Kemaskini No Hp)”

Leave a Comment