PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10000 (Login pengeluarankhas.kwsp.gov.my)
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
SEDIKIT INFORMASI MENGENAI PENGELUARAN KHAS KWSP
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000.
SYARAT PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan:
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
- Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun Tidak Dibenarkan
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
TARIKH SEMAKAN KELULUSAN
- Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
TARIKH PEMBAYARAN
Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
AMAUN PENGELUARAN KHAS KWSP
- Pengeluaran minimum : RM50
- Pengeluaran maksimum : RM10,000
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
NOTA: Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
CARA PEMBAYARAN
- Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10000
Berikut adalah merupakan cara permohonan:
- Permohonan dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun Tidak Dibenarkan
- Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
SOALAN LAZIM
Adakah saya layak buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000?
Layak jika baki mencukupi
Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?
Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?
Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas KWSP, sli rujuk laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline di 03-8922 4848
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR AKAUN KWSP 2022 (Pengguna Kali Pertama)
LUPA NO KWSP: CARA DAPATKAN SEMULA EPF NUMBER(Check Online)
1 thought on “PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10000 (Login pengeluarankhas.kwsp.gov.my)”