LUPA PASSWORD i-AKAUN KWSP:Cara Akses Semula (Reset Password)

LUPA PASSWORD i-AKAUN KWSP:Cara Akses Semula (Reset Password)

LUPA PASSWORD i-AKAUN KWSP

Lupa ID & Password  i-Akaun KWSP? Jangan panik kalau perkara ini berlaku. Kekal tenang dan ikuti langkah-langkah untuk dapatkan akses semula i-Akaun anda. Pastikan i-Akaun anda dikemaskini dengan segala butiran yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda kelak. Lakukannya sekarang mengikut langkah yang ditunjukkan di bawah.

 

CARA RESET PASSWORD

Langkah 1

  • Sila layari laman www.kwsp.gov.my. Pastikan URL yang anda login adalah betul. Jangan masukkan ID dan Password anda selain dari laman rasmi KWSP. Ini untuk mengelakkan kebocoran maklumat i-Akaun KWSP anda
  • Pilih “LOG MASUK” dan Klik “i-Akaun” (Ahli)
  • Klik Lupa ID Pengguna/Kata Laluan?

Langkah 2

  • Pilih bantuan yang diperlukan(ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  • Klik Permintaan TAC untuk dapatkan Nombor TAC

Langkah 3

  • Anda akan menerima Nombor TAC ke henfon anda melalui SMS
  • Masukkan Nombor TAC tadi.
  • Selepas itu anda boleh cipta Kata Laluan Baru. Pastikan anda gunakkan kombinasi abjad dan nombor (Contoh: abcd1234)
  • Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Kini anda dah berjaya cipta ID atau Kata Laluan baru untuk i-Akaun KWSP anda. Sila simpan dan ingat kata laluan baru anda untuk memudahkan anda login untuk membuat pengeluaran i-Lestari Akaun 2 nanti.

Untuk panduan lebih jelas lagi, anda boleh rujuk di sini: Panduan ringkas lupa id pengguna/kata laluan

ARTIKEL LAIN

Cara Guna Kiosk KWSP 2022 (Daftar i-Akaun & Kemaskini No Hp)

Leave a Comment