MAIWP INSANI(Permohonan Bantuan Zakat Khas Golongan Asnaf)

MAIWP INSANI (Permohonan Bantuan Zakat Khas Golongan Asnaf)

MAIWP INSANI

Kepada golongan asnaf yang menerima bantuan kewangan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), akan menerima bantuan zakat khas di bawah Program MAIWP Insani bagi menangani bebanan kewangan asnaf. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan ini dan cara permohonan

 

APA ITU BANTUAN KHAS MAIWP INSANI

MAIWP Insani merupakan bantuan tambahan bagi menangani bebanan kewangan asnaf kesan daripada inflasi negara. Bantuan khas ini akan diberikan kepada setiap asnaf yang menerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS MAIWP INSANI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan khas ini:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • Pemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

 

KADAR BANTUAN 

Setiap penerima akan menerima bantuan khas ini berjumlah RM500.00 diberikann secara berperingkat.

 

TARIKH BAYARAN 

Pembayaran dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu :

  • Fasa 1: Bagi bulan Ogos sebanyak RM250.00
  • Fasa 2: Bagi bulan Disember RM250.00

 

CARA PEMBAYARAN KHAS MAIWP INSANI

Pembayaran bagi penerima yang layak akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun secara berperingkat yang akan bermula 19 Ogos 2022.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS MAIWP INSANI

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan diperlukan, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun asnaf yang menerima bantuan bulanan MAIWP.

 

JENIS SKIM BANTUAN ZAKAT MAIWP

Antara Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP yang lain adalah seperti ;

  1. Pembangunan Asnaf
    • Bantuan Kewangan Bulanan
    • Bantuan Aidilfitri
    • Bantuan Khairat Asnaf
    • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
    • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
    • Bantuan Guaman Syarie
    • Bantuan Perkahwinan
    • Bantuan Kecemasan
    • Bantuan Musibah
    • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  2. Perlindungan
    • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
    • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
    • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
  3. Ekonomi
    • Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
    • Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
    • Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
    • Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan
  4. Pendidikan
    • Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
    • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
    • Bantuan Tuisyen
    • Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
    • Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
    • Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
    • Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
    • Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang
  5. Pembangunan Ummah
    • Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
    • Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani, anda boleh layari webiste rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP 2022 (Semak Tarikh Bayaran)

 

Leave a Comment