CARA TUKAR KAD MAYBANK (Apply Online & Guna Kiosk)

CARA TUKAR KAD MAYBANK (Apply Online & Guna Kiosk)

CARA TUKAR KAD MAYBANK

Sekiranya kad ATM/debit Maybank anda yang sedia ada rosak atau telah ditamatkan, anda seharusnya membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusan transaksi harian anda. Disini kami kongsikan cara tukar secara online dan menggunakan kiosk, semoga membantu.

 

APA ITU KAD DEBIT MAYBANK

Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda. Kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

 

CARA TUKAR KAD ATM/DEBIT MAYBANK ONLINE

Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank Maybank secara online:

  1. Layari pautan Maybank2U: maybank2u.com.my
  2. Log Masuk akaun anda.
  3. Klik pada Card Management
  4. Klik pada ATM/DEBIT CARD.
  5. Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card
  6. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
  7. Klik setuju pada Terma & Syarat
  8. Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
  9. Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai.
  10. Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

 

CARA TUKAR KAD ATM/DEBIT MAYBANK DI KIOSK MAYBANK

Jika anda ingin cepat, anda boleh ke kiosk Maybank. Di mesin atau kiosk ini, anda akan dapat kad baru dalam beberapa minit sahaja. Anda hanya perlu mencari Maybank yang mempunyai Express Debit Card Replacement Kiosk. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Masukkan kad ATM/debit Maybank lama anda.
  2. Tekan nombor pin anda.
  3. Pilih jenis kad baru yang anda inginkan.
  4. Masukkan no kad pengenalan anda.
  5. Letakkan ibu jari anda di tempat yang disediakan.
  6. Dalam beberapa minit, kad baru anda akan diberikan.

 

SENARAI LOKASI KIOSK MAYBANK

Untuk menyemak cawangan Maybank yang menyediakan kiosk ini, anda boleh merujuk pada pautan ini Lokasi Kiosk Maybank https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/cards/features_services/Debit-Kiosk-loc.pdf

 

SOALAN LAZIM

Penukaran kad ATM/debit Maybank ini dikenakan bayaran?

  • Untuk proses menukar kad ini anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Walaubagaimanapun Bayaran sebanyak RM12 akan ditolak dari akaun anda tetapi akan dimasukkan semula dalam masa 7 hari bekerja selepas penukaran berjaya.

Kenapa tidak dapat kad baru semasa membuat permohonan pertukaran online?

  • Sekiranya anda tidak menerima kad dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi talian Customer Care di 1300-88-6688.

Bolehkah menggunakan kad ATM/debit yang lama sementara menunggu kad baru sampai?

  • Untuk makluman, anda dikehendaki untuk aktifkan kad baru anda dalam masa 90 hari selepas menerima kad baru. Selepas kad baru diaktifkan, kad lama tidak boleh digunakan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda gagal aktidkan dalam tempoh 90 hari, anda dikehendaki untuk memohon kad baru.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR AKPK ONLINE(Guna Website AKPK & Maybank2u)

2 thoughts on “CARA TUKAR KAD MAYBANK (Apply Online & Guna Kiosk)”

Leave a Comment