Academy In Industry (AiI) Semakan Permohonan Kerjaya Lepasan SPM

Academy In Industry (AiI) Semakan Permohonan Kerjaya Lepasan SPM

ACADEMY IN INDUSTRY

Kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk belajar dan terus bekerja sebagai pekerja mahir, kini Kerajaan telah memperkenalkan satu program baharu yang dikenali sebagai Academy In Industry (AiI). Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat berkaitan dan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU ACADEMY IN INDUSTRY (AiI)

Academy In Industry (AiI)merupakan inisiatif Inovasi melalui kerjasama antara Kerajaan, industri dan akademia bagi meningkatkan Produktiviti Negara. Program AiI adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan

 

OBJEKTIF ACADEMY IN INDUSTRY (AiI)

Berikut adalah merupakan antara objektif program AiI ini iaitu:

  • Membangunkan tenaga kerja masa hadapan yang mampan berasaskan permintaan pasaran dan keperluan industri;
  • Merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan tenaga kerja;
  • Membangunkan bakat tempatan yang menerima upah yang berpadanan dengan kemahiran;
  • Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing; dan
  • Meningkatkan pencapaian pendidikan negara.

 

KELEBIHAN ACADEMY IN INDUSTRY (AiI)

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang diperolehi iaitu:

  • Para pelajar yang menamatkan tempoh bekerja tertentu bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini
  • Para pelajar turut akan diberikan sijil yang sah laku untuk mereka mengembangkan karier mereka dalam bidang yang sama.
  • Dalam tempoh 18 bulan pelajar lepasan SPM yang terlibat dalam inisiatif ini ini akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dan dalam masa sama turut bekerja.
  • AiI dibangunkan sebagai satu aliran latihan yang baru yang seiring dengan institusi-institusi sedia ada tetapi ini pilihan kepada mereka.

 

ALIRAN PROSES ACADEMY IN INDUSTRY (AiI)

Berikut adalah merupakan aliran proses program ini iaitu:

  • Daftar Permohonan – Ujian Saringan – Terima Tawaran – Pemadanan di Syarik AiI (Bekerja & Belajar) – Terima Sijil AiI dan SKM – Peningkatan Kerjaya

 

LALUAN KERJAYA ACADEMY IN INDUSTRY (AiI)

Berikut adalah merupakan laluan kerjaya bagi program ini iaitu:

  • Penanda aras gaji bakat AiI adalah berdasarkan kompetensi tahap kemahiran dan pengalaman calon.
  • Perantis AiI akan menerima gaji minimum penuh dan elaun-elaun lain yang disediakan oleh syarikat
  • Perantis AiI perlu mengikuti program ini selama 18 bulan bagi melayakkan mereka untuk menerima sijil graduan AiI, iaitu setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
  • Modul program AiI merangkumi modul am dan modul spesifik menjurus kepada operasi syarikat yang terbabit.

 

SYARAT PENYERTAAN ACADEMY IN INDUSTRY (AII)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penyertaan program AiI yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berusia 18 hingga 40 tahun;
  3. Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M);
  4. Lulus ujian saringan AiI;

 

CARA PERMOHONAN ACADEMY IN INDUSTRY (AII)

Kepada anda yang berkelayakan dan berminat unttuk menyerai program ini, berikut adalah merupakan proses bagi permohonan iaitu:

  1. Daftar sebagai calon perantis AiI do
  2. Hadir temu duga (secara fizikal atau atas talian)
  3. Ujian saringan AiI (kemahiran membaca, menulis, mengira)
  4. Status penerimaan tawaran dari emel atau panggilan telefon
  5. Terima sijil AiI & SKM setelah tamat bekerja

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program AiI ini, anda boleh melayari pautan Hubungi Kami.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment