REKALIBRASI TENAGA KERJA 2.0 (Pengambilan Pekerja Asing 2023)
Kepada para majikan yang berkelayakan ingin mengambil pekerja asing bagi tahun 2023, kini anda boleh membuat permohonan menerusi program Rekalibrasii Tenaga Kerja (RTK) 2.0. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan sektor yang kelayakan, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA
Program Rekalibrasii Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat syarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN BAGI REKALIBRASI TENAGA KERJA
Berikut adalah merupakan kelayakan bagi majikan iaitu:
SEKTOR YANG DIBENARKAN + SUB SEKTOR | SEKTOR BEKU (TIDAK DIBENARKAN) |
|
|
SYARAT KELAYAKAN PATI BAGI REKALIBRASI TENAGA KERJA
Berikut adalah merupakan kelayakan bagi pati iaitu:
- Hanya 15 negara sumber Lain- Lain Sektor (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan);
- Hanya 9 negara sumber untuk pra SAHAJA (Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia)
- Mempunyai majikan yang sah
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam
- PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P
- Mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan
- Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work)
TARIKH PERMOHONAN REKALIBRASI TENAGA KERJA
Kepada para majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 mulai 27 Januari ini.
KOS BAYARAN
Bayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.
CARA PERMOHONAN REKALIBRASI TENAGA KERJA 2.0
Kepada para majikan yang berkelaykand an ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Jabatan Imigresen (JIM): Rekalibrasii Tenaga Kerja
- Buat pilihan untuk penetapan tarikh temujanji (STO)
- Majikan mesti hadir bersama PATI pada tarikh yang ditetapkan
- Seteluranya akan dilaksanakan Proses verifikasi
- Sekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan
- Pemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan
- Sekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.
- Setelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Rekalibrasii Tenaga Kerja 2.0, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
ARTIKEL LAIN
SISTEM MAID ONLINE (SMO) 2023(Permohonan Pembantu Rumah Asing)