CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK (Boleh Tukar Di Bank)

CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK (Boleh Tukar Di Bank)

WANG KERTAS ROSAK

Pernahkah terjadi kepada anda terutamanya peniaga yang menerima duit kertas yang rosak. Tentu anda terfikir masih ada nilai lagikah duit kertas yang rosak ini. Untuk pengetahuan sebenarnya anda boleh tukar wang kertas yang rosak tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaannya. Disini kami akan kongsikan cara untuk tukar di bank, semoga membantu.

 

KELEBIHAN DUIT POLIMER

Terkini wang polimer telah diperkenalkan dan digunakan dalam nilai RM1 dan RM5 dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012 kerana mempunyai kelebihan seperti tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

 

KUALITI WANG KERTAS DALAM EDARAN

Bagi Wang kertas yang dijaga sebaik mungkin bagi memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Tulen dan bukan palsu
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
  • Tidak berconteng

 

CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK

Terdapat dua situasi untuk melakukan pertukaran wang kertas yang rosak. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Kes Wang Kertas Rosak Yang Jelas Nilainya
    • Wang kertas rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan @ Bank Negara Malaysia.
    • Tetapi nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.
    • Sekiranya wang kertas rosak yang jelas nilainya, penggantian pertukaran wang akan diberikan pada hari yang sama
    • Berikut adalah merupakan ciri wang kertas rosak yang jelas nilainya:
      • Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal
      • Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik
      • Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain
  1. Kes Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya
    • Duit kertas / wang syiling yang rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan.
    • Tetapi bagi wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya akan dihantar kepada BNM untuk penilaian.
    • Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas rosak, anda boleh melayari website Bank Negara malaysia di pautan https://bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes

 

ARTIKEL LAIN

CARA KELUARKAN DUIT ASB 2022 (Berapa Limit Di Pejabat Pos & Bank)

 

1 thought on “CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK (Boleh Tukar Di Bank)”

Leave a Comment