MYPAY COIN CONVERSION (Cara Tukar Syiling Terus Ke Dalam Akaun Bank)

MYPAY COIN CONVERSION (Cara Tukar Syiling Terus Ke Dalam Akaun Bank)

MYPAY COIN CONVERSION

Bagi anda yang suka menabung dan tabungan anda telah penuh, semestinya anda ingin simpankannya di Bank anda. Tetapi kebanyyakkan simpanan dalam tabung adalah duit syiling. Kini sekiranya duit syiling anda banyak anda boleh menukarkannya untuk dimasukkan terus ke dalam akaun bank menerusi MyPay Coin Conversion. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MYPAY COIN CONVERSION

MyPay Coin Conversion adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MyPay yang membolehkan orang ramai menukar duit syiling mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun bank dengan mudah dan cepat. Orang ramai hanya perlu berkunjung dan membawa duit syiling terbabit di booth MyPay Coin Conversion untuk membuat penukaran tersebut.

Anda juga boleh menggunakan MyPay untuk membuat semakan status, pencarian maklumat dan pembayaran atas talian bagi Agensi-Agensi Kerajaan dengan mudah

 

LOKASI BOOTH MYPAY COIN CONVERSION

Pada masa kini, hanya ada 2 booth yang menawarkan perkhidmatan penukaran duit syiling ini iaitu:

  • Berjaya Times Square- LG, Berjaya Times Square
  • Subang Parade- Aras G, Pintu Utama Subang Parade

 

CARA GUNA MYPAY 

Berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi ini

  1. Muat turun aplikasi MyPay daripada Google Play Store atau Apple App Store dan daftarkan akaun
  2. Bawa wang syiling anda ke booth kami
  3. Serahkan wang syiling anda untuk disahkan oleh mesin pengira dan imbas kod QR untuk pilih bank akaun tujuan. Anda akan diberikan resit
  4. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MyPay untuk mengesahkan pemindahan ke dalam akaun bank anda

 

CARA TUKAR DUIT SYILING KE AKAUN BANK

Sekiranya anda ingin menukar duit syiling ke akaun bank, berikut adlaah merupakan mengikuti langkah-langkahnya iaitu:

 

  1. Log masuk akaun MyPay anda
  2. Klik ‘Tambah Syiling’ di belah kanan atas skrin anda
  3. Klik ‘Pilih Lokasi’, kemudian ‘Imbas QR’
  4. Berikan wang syiling yang ingin ditukar kepada krew MyPay
  5. Gunakan MyPay untuk imbas kod QR yang dipamerkan oleh krew MyPay
  6. Isikan maklumat akaun bank anda dan pengesahan maklumat untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda
  7. Transaksi anda berjaya! Anda akan menerima notifikasi setelah wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penukaran syiling ke dalam akaun bank ini, sila layari website https://mypay.com.my/coinconversion

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK (Boleh Tukar Di Bank)

 

1 thought on “MYPAY COIN CONVERSION (Cara Tukar Syiling Terus Ke Dalam Akaun Bank)”

Leave a Comment