TUNAS YAWAS LOGIN (Permohonan Baru Semakan Status)
Makluman untuk ibu bapa, permohonan pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika TUNAS Selangor kini dibuka. Melalui bantuan ini, ibu bapa akan menerima bantuan berupa tambahan wang tunai untuk tujuan pembayaran yuran tadika anak-anak.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Skim Bantuan Yuran Tadika TUNAS Selangor yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
APA ITU TUNAS YAWAS
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan setiap bulan kepada mereka yang layak.
Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.
KADAR BANTUAN TUNAS YAWAS
- Bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAS YAWAS
- Pembayaran bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Malaysia (JPM) atau JAIS, KEMAS dan Tadika Perpaduan.
SYARAT PERMOHONAN TUNASYAWAS
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.
SENARAI TADIKA BERDAFTAR PROGRAM TUNASYAWAS
Untuk mengetahui senarai Tadika Berdaftar klik pada pautan di bawah:
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:
- Cetak Borang Permohonan (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
CARA PERMOHONAN BARU TUNAS YAWAS
Untuk memohon Skim Bantuan Tadika TUNAS Selangor ini, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi Skim Bantuan Tadika Selangor
- Klik pada menu ‘Permohonan’ > ‘Permohonan Baru’
- Isikan maklumat dalam borang permohonan tersebut dengan lengkap
- Hantar dokumen yang lengkap dalam tempoh 2 minggu (14 Hari) dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut :
- Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
- No Tel 03-5481 8800
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TUNAS YAWAS
Untuk membuat semakan status permohonan, anda boleh melakukannya secara online melalui pautan ini: http://tunasv2.yawas.my/admin/semak_online.php
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai TUNAS YAWAS boleh layari laman sesawang http://tunas.yawas.my/ atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800 atau e-melkan kepada: [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA APLIKASI SELANGKAH SELANGOR (DAFTAR PROGRAM SELANGOR SARING)
1 thought on “TUNAS YAWAS LOGIN (Permohonan Baru Semakan Status)”