PERMOHONAN BANTUAN HILANG UPAYA (KWSP & PERKESO)

PERMOHONAN BANTUAN HILANG UPAYA (KWSP & PERKESO)

BANTUAN HILANG UPAYA

Kepada pencarum KWSP & PERKESO, sekiranya anda tidak mampu bekerja disebakan keupayaan fizikal atau mental terjejas, anda boleh membuat permohonan bantuan hilang upaya untuk meringankan beban. Disini kami akan kongsikan cara buat permohonan KWSP dan PERKESO, semoga membantu.

 

PERMOHONAN BANTUAN HILANGUPAYA KWSP

Sekiranya anda pencarum KWSP, berikut adalah merupakan maklumat dan cara permohonan bantuan ini:

Syarat Kelayakan (Pengeluaran Baki Simpanan)

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Di bawah umur 60 tahun
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Tidak Bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP. Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

Syarat Kelayakan (Bantuan Hilang Upaya)

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai usia 60 tahun
  • Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan.
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan

Dokumen Diperlukan

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

Cara Permohonan

  • Muat turun Borang Permohonan Pengeluaran Hilang Upaya
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
  • Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos ke alamat berikut :-
    • KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA, karung Berkunci No. 220, Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya SELANGOR

Senarai Cawangan Kaunter KWSP

 

PERMOHONAN BANTUAN HILANG UPAYA PERKESO

Sekiranya anda pencarum PERKESO,  berikut adalah merupakan maklumat dan cara permohonan bantuan ini:

Syarat Kelayakan (Bantuan Hilang Upaya)

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Pencarum PERKESEO
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental

Dokumen Diperlukan

  • Surat Permohonan untuk dirujuk ke Jemaah Doktor
  • Salinan Kad Pengenalan ( depan & belakang )
  • Borang Laporan Perubatan yang disediakan oleh PERKESO / Laporan Perubatan Asal /
  • Salinan Laporan Perubatan yang disahkan oleh klinik /hospital yang mengeluarkannya

Cara Permohonan

  • Muat turun Borang Tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
  • Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan PERKESO sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos ke alamat berikut :-
    • Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

Senarai Cawangan Kaunter PERKESO

 

ARTIKE LAIN

BILA DUIT BAYARAN PERKESO COVID 19 MASUK? (Cara Claim Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja)

Leave a Comment