BILA DUIT BAYARAN PERKESO COVID 19 MASUK? (Cara Claim Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja)

BILA DUIT BAYARAN PERKESO COVID 19 MASUK? (Cara Claim Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja)

PERKESO COVID 19

Kepada pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan faedah dari PERKESO? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi:

  1. Skim Bencana Pekerjaan
  2. Skim Keilatan.
  3. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
  4. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

 

SKIM BENCANA PEKERJAAN : FAEDAH PERKESO COVID-19

Kepada pencarum yang dijangkiti COVID-19 akibat dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Manakala bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

 

SYARAT TUNTUTAN FAEDAH COVID-19

Berikut adalah merupakan syarat untuk membuat tuntutan faedah PERKESO covid-19:

  • Masih bekerja.
  • Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  • Paling utama adalah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

 

KADAR BAYARAN FAEDAH TUNTUTAN

Kadar bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti kiraan berikut:

  • ( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebelum membuat permohonan tuntutan faedah covid-19, pastikan anda sediakan dokumen seperti berrikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil Cuti Sakit Asal
  3. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  4. Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  5. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  7. Sekiranya tiada MC, boleh sertakan surat kuarantin dari KKM
  8. Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34

 

CARA BUAT TUNTUTAN PERKESO COVID 19

Setelah lengkap dokumen yang yang diperlukan, berikut adalah cara membuat tuntutan:

Tuntutan Secara Online

  1. Layari Portal Faedah: https://faedah.perkeso.gov.my/
  2. Portal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).
  3. Borang tuntutan boleh diperolehi DI SINI

Tuntutan Secara Manual

  1. Tuntutan perlu dibuat melalui majikan dan perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
    • Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja
    • Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.
  2. Pastikan anda lengakpkan Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 yang boleh dimuat turun DISINI
  3. Pastikan pemohon Isi Ruang Penyakit Khidmat

 

TEMPOH PROSES TUNTUTAN

Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi jaminan proses permohonan dan bayaran Skim Bencana Kerja PERKESO akibat Covid-19 dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari atau tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat dan pertanyaan mengenai cara tuntutan faedah PERKESO covid-19, anda boleh:

  1. Layari laman web rasmi PERKESO
  2. Hubungi: 1-300-22-8000
  3. Email: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI PELEPASAN CUKAI 2021 (Untuk E-FILING 2022)

 

Leave a Comment