PERMOHONAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL 2022 MDEC RM50000 (Apply mdec.my/ms/dcgprisma)

PERMOHONAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL 2022 MDEC RM50000 (Apply mdec.my/ms/dcgprisma)

GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Kepeda pemilikan syarikat atau perusahaan tunggal yang ingin membangunkan kandungan digital, kini Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membuka permohonan Geran Kandungan Digital 2022. Di sini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Geran Kandungan Digital diperkenalkan bagi membantu syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Merupakan program yang menawarkan geran dilaksanakan dalam tempoh 3- 6 bulan untuk membantu pemain industri kreatif tempatan menghasilkan harta intelek baharu dan menarik, melaksanakan pemasaran digital dan aktiviti – aktiviti pengedaran harta intelek

 

TUJUAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Berikut adalah merupakan tujuan bagi pelaksanaan geran ini:

  • Untuk mendorong penciptaan kandungan kreatif digital baharu yang ada supaya dapat diterima, dipasarkan dan dipamerkan di seluruh dunia.
  • Untuk memberi peluang dan menyediakan platform kepada pencipta kandungan kreatif digital untuk mengembangkan dan menghasilkan kandungan kreatif digital.
  • Untuk menyokong pencipta kandungan kreatif digital dalam pemasaran digital dan mempromosikan kandungan kreatif digital sedia ada.

 

SYARAT KELAYAKAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Berikut adlaah merupakan syarat kelayakan bagi permohonan geran ini:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada pihak berikut:
    • Syarikat: Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016; dan masih aktif serta minima 51% ekuiti dimiliki rakyat Malaysia.
    • Enterprise: Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
    • Perkongsian Liabiliti Terhad: Didaftarkan di Malaysia di bawah Akata Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  2. Tidak tertakluk kepada kepada perintah pembubaran, penggulungan dan muflis dan tidak mempunyai isu usaha berterusan.
  3. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika terdapat sebarang hubungan perniagaan/hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC.
  4. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika tersenarai sebagai pesalah rasuah di SPRM.
  5. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan jika mereka berada di bawah sebarang litigasi.
  6. Syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sama hanya boleh mengemukakan satu permohonan untuk geran yang dipohon dalam MDEC.
  7. Jika syarikat sebelum ini telah menerima sebarang geran MDEC/kerajaan, pemohon mestilah:
    • Mengemukakan bukti projek telah diselesaikan; dan
    • Mengisytiharkan sebarang notis ketidakpatuhan/pelanggaran yang direkodkan dalam tempoh projek yang dibiayai.
  8. Bukan penyiar, rangkaian televisyen, platform OTT (over-the top) dan syarikat media.
  9. Perniagaan syarikat ialah perkhidmatan berkaitan teknologi.

 

JENIS & JUMLAH GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Berikut adalah merupakan jenis dan jumlah geran yang diatwarkan mengikut skop yang tersedia:

JENIS GERAN DAN JUMLAH GERAN
SkopPembangunan & Produksi Ekploitasi IP & Pemasaran DigitalPembangunan & Produksi Ekploitasi IP & Pemasaran Digital
AnimasiRM 50 ribu untuk

menghasilkan Filem

Animasi Pendek /

Episod Pilot / PSA /

Sizzle Trailer dalam

masa 6 bulan

RM50 ribu untuk

menghantar bahanbahan pemasaran

dan melaksanakan

pelan pemasaran

dalam tempoh 6

bulan

Media InteraktifRM 50 ribu untuk

menghasilkan

Permainan Digital

atau Media Interaktif

yang lengkap (Demo,

Kandungan Yang

Boleh Dimuat turun)

dalam masa 6 bulan

Komik DigitalRM 15 ribu untuk

menghasilkan Komik

Digital atau Komik

Motion lengkap

(Minimum 44 halaman

/ 264 kolum komik

 

TARIKH PERMOHONAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Permohonan telah dibuka sehingga 29 Julai 2022, 6 Petang secara atas talian (online).

 

PROSUDER PROSES PEMILIHAN

  • Pemohon yang terpilih akan dijemput ke sesi pembentangan pada Ogos sebelum kelulusan geran diumumkan pada September.
  • Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital tersebut.

 

CARA PERMOHONAN GERAN KANDUNGAN DIGITAL

Kepada pemohon yang berminat dan melepasi syarta kelayakan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan https://platform.mdec.com.my/auth/splash?_ts=1655361684352
  2. Sekiranya anda telah mempunyai akaun boleh klik pada Login Now. Sekiranya anda pengguna baharu klik pada Register Now
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • Full Name
    • Email (Will be used as Login ID)
    • Password
    • Confirm Password
  4. Tick pada terma dan syarat, kemudian tekan Submit
  5. Log Masuk akaun anda kembali dan teruskan proses permohonan mengikut jenis geran yang anda kehendaki.

 

SOALAN LAZIN (FAQ) 

Untuk melihat soalan lazim, anda boleh merujuk DI SINI https://mdec.my/wp-content/uploads/DCG-PRISMA-FAQ_BM.pdf

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Kandungan Digital 2022, sila layari laman website rasmi MEDED di pautan https://mdec.my/ms/dcgprisma2022/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK 2022 (Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)

 

Leave a Comment