LUPA NO AKAUN ASB: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu saluran yang boleh kita gunakan untuk melabur dan sekaligus menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. Bagaimana sekiranya anda lupa no akaun ASB anda?
Jadi disini kami akan kongsikan cara dapatkan no akaun anda kembali. Pastikan anda register ASB online banking memudahkan urusan anda secra online sahaja.
APA ITU ASB?
Kebanyakan kita mungkin tidak dapat membezakan antara ASB dan ASB2 dan sebagainya. Sebenarnya, ASB adalah pelaburan unit amanah yang dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 1990 untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan alternatif.
Duit simpanan dalam ASB itu, diuruskan untuk menjana keuntungan untuk jangka masa yang panjang secara konsisten. Jadi, dengan menyimpan dalam akaun ASB, duit akan dilaburkan dan keuntungan yang diperolehi itu bolehlah kita rasai bila sudah bersara nanti. Alhamdulillah.
Dengan mendaftar secara online di portal MyASNB, anda boleh melakukan perkara berikut dengan akaun ASB anda:
- Membuat pelaburan secara online
- Menyemak baki pelaburan di dalam akaun
- Melakukan transaksi dan urusniaga dengan percuma
CARA DAFTAR ASB ONLINE BANKING: MyASNB
Berikut adalah cara daftar MyASNB online:
- Anda perlu mendapatkan no akaun online 12 digit.
- Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB secara fizikal bagi mendapatkan nombor akaun online ini. Ini adalah untuk sekali sahaja untuk menjamin keselamatan transaksi online dan mengelakkan daripada penipuan cyber.
- Setelah pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB, anda akan melakukan perkara-perkara berikut:
- Dapatkan nombor akaun 12 digit untuk transaksi online. Nombor akaun 12 digit ini boleh digunakan untuk mana-mana akaun yang ada di bawah ASNB.Kemaskini nombor telefon bimbit yang didaftarkan untuk penerimaan nombor TAC, itu kod pengesahan untuk melakukan transaksi online demi keselamatan
- Daftar online di portal MyASNB
- Klik di website MyASNB: https://www.myasnb.com.my/uh/uhlogin/auth
- Klik pautan DAFTAR DI SINI dan anda akan diminta untuk membaca terma dan syarat portal.
- Setelah membaca dan setuju dengan terma dan syarat, anda akan diminta mengisi butiran data peribadi dan langkah-langkah mudah untuk pendaftaran.
- Apabila lengkap mengisi, anda akan diminta untuk mengisi nombor TAC yang akan anda perolehi dari sistem pesanan ringkas SMS pada telefon yang telah anda daftar dan kemaskinikan sebelum ini.
- Sesudah mengisi nombor TAC yang betul, anda bolehlah mula melayari dan menggunakan perkhidmatan MyASNB dan sekaligus boleh melakukan transaksi ASB secara online.
LUPA NO AKAUN ASB: LOGIN MyASNB
Sekiranya anda terlupa nombor akaun ASB anda, anda hanya perlu Login akaun MyASNB anda. Berikut adalah cara login:
- Layari pautan MyASNB: https://www.myasnb.com.my/
- Klik pada log masuk
- Masukkan id pengguina anda, klik teruskan
- Masukkan password anda, klik log masuk
- Anda akan dapat melihat no akaun ASB anda
APA YANG ADA DI DALAM PORTAL MYASNB?
Banyak maklumat yang boleh diperolehi dari portal MyASNB yang hanya di hujung jari anda sahaja. Antaranya:
- Portfolio pelaburan – anda boleh mendapat maklumat terkini berkenaan jumlah keseluruhan pelaburan, jenis pelaburan dan baki semasa unit pelaburan.
- Transaksi pelaburan – anda boleh melihat rekod urusniaga lepas yang dilakukan oleh akaun anda dalam tempoh masa tertentu (sehingga 90 hari terdahulunya)
- Penyata akaun – anda boleh memperolehi penyata tahunan dana saham ASB anda di dalam portal ini juga. Mudahlah hendak anda rujuk untuk pengisytiharan cukai tahunan, kan?
- Profil peribadi – jika perlu, anda boleh terus dapatkan profil peribadi yang anda daftarkan di dalam akaun ASB melalu portal ini.
- Pelaburan tambahan – dengan perkhidmatan ASB online ini, anda tidak perlu pergi ke bank dan beratur menunggu giliran untuk menambah pelaburan di akaun ASB anda. Anda boleh lakukan terus di portal MyASNB.
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP ASB (Update Mobile Phone Number)
2 thoughts on “LUPA NO AKAUN ASB: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)”