BIASISWA YAYASAN PAHANG 2024(Semak Syarat Permohonan BSM RM600)

BIASISWA YAYASAN PAHANG 2024(Semak Syarat Permohonan BSM RM600)

BIASISWA YAYASAN PAHANG

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang tahun 2024 untuk Tingkatan 1 dan 4 kini dibuka.

Melalui biasiswa ini, murid berpeluang mendapat bayaran RM600 setahun bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah RM600 setahun.

 

MENGENAI BIASISWA SEKOLAH MENENGAH (BSM) YAYASAN PAHANG

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon / ibu / bapa lahir di negeri Pahang
  4. Jika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

 

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula (akan dikemaskini)

 

 

CARA PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAHANG (BSM)

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.

SOALAN LAZIM

Berapakah jumlah yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya berjaya?

  • Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.

Adakah saya boleh memohon untuk anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?

  • Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bolehkah saya menghantar sendiri borang permohonan BSM ke Yayasan Pahang?

  • Tidak boleh. Borang permohonan BSM hanya perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.

Jika saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 12 tahun, bolehkah saya memohon BSM?

  • Boleh. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.

Jika anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?

  • Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam negeri pahang sahaja

MAKLUMAT LANJUT

Sila layari laman web www.yp.org.my untuk mendapatkan info serta maklumat lanjut.

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan Rumah Pahang (Rumah Teres RM120k Seunit)

Leave a Comment