CARA TUKAR NO HP ASB (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP ASB (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP ASB

Kepada anda yang keliru dan masih tidak tahu tentang cara kemaskini no telefon ASB anda, jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara mengemaskini nombor telefon ASB anda.

Kaedah yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah kaedah kemaskini nombor telefon di kiosk ASB dan bukanlah kemaskini asb secara atas talian ataupun online.

 

CARA TUKAR NO HP ASB

Kaedah mengemaskini nombor telefon di kiosk ASB lebih mudah dan senang, walaupun anda harus keluar rumah untuk ke kiosk ASB berdekatan. Berikut adalah cara kemaskini:

  1. Pergi ke kiosk ASB yang berdekatan dengan rumah anda: https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php
  2. Masukkan kad pengenalan anda ke dalam ruangan yang disediakan untuk proses pengesahan.
  3. Klik butang SAHKAN MYKAD, klik HANTAR.
  4. Copkan cap jari anda untuk tujuan pengesahan.
  5. Skrin akan terpapar “Cap jari anda berjaya disahkan” dan klik OK dan HANTAR.
  6. Seterusnya tekan pada “KEMASKINI MAKLUMAT” untuk mengemaskini nombor telefon anda.
  7. Maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin dan anda perlu mencari ruangan nombor telefon dan anda perlu kemaskini dengan nombor telefon anda yang terkini, dan tekan HANTAR.
  8. Setelah selesai mengemaskini anda perlu klik TAMAT TRANSAKSI.
  9. Selesai sudah proses kemaskini no telefon ASB anda.

Nota: Anda boleh minta bantuan staff ASNB sekiranya anda tidak tahu cara menggunakan mesin kiosk ASB tersebut

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang anda perlu bawa bersama ialah buku ASB (sekiranya ada), kad pengenalan anda dan sebagainya (sekiranya diminta).

 

SOALAN LAZIM

Apakah itu portal MyASNB?

Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nota: Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada.

Apakah kemudahan yang disediakan oleh myASNB?

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB

Apakah perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)?

  • ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
  • ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh layari web rasmi ASB di pautan https://www.asnb.com.my/myASNB_EN.php atau hubungi:

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NO AKAUN ASB: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

 

Leave a Comment