CARA KEMASKINI UPDATE MAKLUMAT NO TELEPON GUNA KIOSK ASB

CARA KEMASKINI UPDATE MAKLUMAT NO TELEPON GUNA KIOSK ASB

KIOSK ASB

Kepada anda yang keliru dan masih tidak tahu tentang cara kemaskini no telefon ASB anda, jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara mengemaskini nombor telefon ASB anda. Kaedah yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah kaedah kemaskini nombor telefon di kiosk ASB dan bukanlah kemaskini asb secara atas talian ataupun online.

 

LOKASI KIOSK ASB

Sekiranya anda ingin mengetahui lokasi Kiosk berhampiran anda, sila klik pauatan DI SINI

 

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB

Berikut adalah merupakan cara untuk kemasmini nombor telefon ASB:

  1. Pergi ke mana-mana lokasi kiosk ASB yang berdekatan dengan rumah 
  2. Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
    • Buku ASB (sekiranya ada)
    • Kad pengenalan anda 
  3. Setelah anda tiba di kiosk ASB tersebut, anda perlu terus mencari mesin kiosk ASB yang disediakan:
    • Masukkan kad pengenalan anda ke dalam ruangan yang disediakan untuk proses pengesahan.
    • Klik butang SAHKAN MYKAD.
    • Kemudian klik HANTAR.
  4. Selepas kad pengenalan anda diproses, anda perlu mengecap cap jari anda untuk tujuan pengesahan bahawa kad pengenalan tersebut adalah milik anda.
  5. Selepas itu, akan ada mesej yang menyatakan “Cap jari anda berjaya disahkan” dan klik OK dan HANTAR.
  6. Pada menu berikutnya, anda perlu tekan pada “KEMASKINI MAKLUMAT” untuk mengemaskini nombor telefon anda.
  7. Maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin dan anda perlu mencari ruangan nombor telefon dan anda perlu kemaskini dengan nombor telefon anda yang terkini, dan tekan HANTAR.
  8. Setelah selesai mengemaskini anda perlu klik TAMAT TRANSAKSI.
  9. Berikan maklum balas anda tentang kajian kepuasan pelanggan ketika menggunakan kiosk ASB.
  10. Jangan lupa keluarkan kad pengenalan anda.
  11. Selesai sudah proses kemaskini no telefon ASB anda.

Nota: Sekiranya anda tidak tahu cara menggunakan mesin kiosk tersebut, jangan panik kerana akan ada pekerja ataupun staff ASNB yang akan membantu anda.

 

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI ASB

Untuk makluman anda, pengemaskini maklumat peribadi tidak boleh Kiosk. Berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini:

Kemaskini Di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB

  1. Hadir ke mana-mana cawangan ASNB berhampiran anda. Untuk mengetahui lokasi cawangan yang berhampiran boleh klik DI SINI
  2. Pastikan anda membawa dokumen berkaitan sepertiL
    • Buku ASB (sekiranya ada)
    • Kad pengenalan anda 
  3. Maklumkan kepada pegawai bertugas tentang urusan kemaskini maklumat anda
  4. Proses ini mengambil sedikit masa pemegang unit kerana pegawai kami perlu mengisi maklumat tambahan dan terkini pemegang unit (jika perlu) seperti mana yang ditetapkan
  5. Antara maklumat yang dikemaskini adalah:
    • Nombor telefon bimbit
    • Alamat e-mel
    • Pekerjaan
    • Lain-lain maklumat yang berkaitan
  6. Pastikan maklumat peribadi pemegang unit adalah benar dan tepat.

Kemaskini Secara Online di portal myASNB

  1. Layari pautan myASNB: https://www.myasnb.com.my/
  2. Log masuk akaun anda. Sekrianya anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu
  3. Kemudian klik pada maklumat peribadi anda yang ingin dikemaskini

 

MAKLUMAT LANJUT
untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara kemaskini maklumat ASB,  Sila layari website rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan https://www.asnb.com.my/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03–7730 8899

 

ARTIKEL LAIN

CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)

 

Leave a Comment