CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)

CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)

CARA RESET PASSWORD MyASNB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu saluran yang boleh kita gunakan untuk melabur dan sekaligus menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. Semestinya anda yang menyimpan ASB telah berdaftar dengan MyASB online, bagaimana sekiranya anda terlupa kata laluan MyASB anda? Disini kami kongsikan cara reset Password MyASB anda, semoga membantu.

 

APA ITU ASB?

Kebanyakan kita mungkin tidak dapat membezakan antara ASB dan ASB2 dan sebagainya. Sebenarnya, ASB adalah pelaburan unit amanah yang dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 1990 untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan alternatif.

Duit simpanan dalam ASB itu, diuruskan untuk menjana keuntungan untuk jangka masa yang panjang secara konsisten. Jadi, dengan menyimpan dalam akaun ASB, duit akan dilaburkan dan keuntungan yang diperolehi itu bolehlah kita rasai bila sudah bersara nanti. Alhamdulillah.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MyASNB

Dengan mendaftar secara online di portal MyASNB, anda boleh melakukan perkara berikut dengan akaun ASB anda:

  1. Membuat pelaburan secara online
  2. Menyemak baki pelaburan di dalam akaun
  3. Melakukan transaksi dan urusniaga dengan percuma

 

APA YANG ADA DI DALAM PORTAL MYASNB?

Banyak maklumat yang boleh diperolehi dari portal MyASNB yang hanya di hujung jari anda sahaja. Antaranya:

  1. Portfolio pelaburan – anda boleh mendapat maklumat terkini berkenaan jumlah keseluruhan pelaburan, jenis pelaburan dan  baki semasa unit pelaburan.
  2. Transaksi pelaburan – anda boleh melihat rekod urusniaga lepas yang dilakukan oleh akaun anda dalam tempoh masa tertentu (sehingga 90 hari terdahulunya)
  3. Penyata akaun – anda boleh memperolehi penyata tahunan dana saham ASB anda di dalam portal ini juga. Mudahlah hendak anda rujuk untuk pengisytiharan cukai tahunan, kan?
  4. Profil peribadi – jika perlu, anda boleh terus dapatkan profil peribadi yang anda daftarkan di dalam akaun ASB melalu portal ini.
  5. Pelaburan tambahan – dengan perkhidmatan ASB online ini, anda tidak perlu pergi ke bank dan beratur menunggu giliran untuk menambah pelaburan di akaun ASB anda. Anda boleh lakukan terus di portal MyASNB.

 

CARA RESET PASSWORD MyASNB

Sekiranya anda terlupa pasword mMyASB anda, berikut adalah cara untuk reset Password anda:

  1. Layari pautan rasmi MyASB: https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada LOG MASUK
  3. Tekan pada LUPA KATA LALAUN
  4. Masukkan ID PENGGUNA dan NO KAD PENGENALAN, tekan Seterusnya
  5. Pada PENGESAHAN IDENTITI, jawab DUA (2) Soalan Keselamatan yang tertera (Pastikan jawapan adalah sama semasa anda daftar MyASB), klik Seterusnya
  6. Masukkan NO TAC yang diterima dalam telefon anda , klik Seterusnya
  7. Masukkan KATA LALAUN BARU dan sahkan kata laluan baru tersebut, klik Seterusnya
  8. Penukaran Kata Laluan anda berjaya.
  9. Klik pada Log Masuk untuk teruskan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara reset password MyASNB, anda boleh merujuk

ARTIKEL LAIN

LUPA NO AKAUN ASB: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

3 thoughts on “CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)”

Leave a Comment