PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAWIP) 2022

PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAWIP) 2022

RESIDENSI WILAYAH

Kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan yang ingin memiliki rumah namun tidak berkemampuan, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Wilayah.

 

APA ITU RESIDENSI WILAYAH 

Residen Wilayah yang dahulunya dikenali RUMAWIP, adalah inisiatif kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.

 

JENIS RUMAH RESIDENSI WILAYAH

  • Terdiri daripada projek kondominium atau pangsapuri, dan lot bumi.

 

HARGA & SAIZ RUMAH

  • Kos maksimum RM300,000
  • Saiz rumah tidak kurang dari 900 kaki persegi
  • Mempunyai tagline “Residensi Wilayah Residensiku”

Saiz tersebut merangkumi:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).


HARGA RUMAH RESIDENSI WILAYAH MENGIKUT KATAGORI

Rumah Harga Rendah

  • 700sqft
  • RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya), atau RM52,000 (Labuan)

Rumah Harga Sederhana Rendah

  • 800sqft
  • RM63,001 hingga RM150,000

Rumah Harga Sederhana

  • 650sqft
  • RM150,001 hingga RM300,000

 

SYARAT KELAYAKAN

Untuk mereka yang berminat untuk memohon rumah Residensi Prihatin, mereka perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Umur: 21 tahun dan ke atas
  2. Latar belakang pemohon: Lahir, kerja, atau tinggal di Wilayah Persekutuan
  3. Keutamaan: Untuk mereka yang belum ada rumah
  4. Had gaji individu: Tak lebih dari RM10,000 sebulan
  5. Had gabungan gaji pasangan: Tak lebih dari RM15,000 sebulan
  6. Had RUMAWIP: Hanya satu RUMAWIP untuk setiap isi rumah

 

CARA MEMOHON

Bagi pemohon yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Langkah pertama adalah kena semak jika anda layak atau tak.
  2. Layari portal online https://residensiwilayah.kwp.gov.my/register
  3. Terdapat senarai projek yang ada,(hartanah dan lokasi yang anda berkenan)
  4. Sekiranya anda daftar untuk skim yang belum lagi dibuka untuk permohonan, nanti anda akan dapat emel bila permohonan tu dah dibuka.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk anda buktikan kelayakan seperti:

  • Borang Permohonan
  • Surat Sumpah
  • Bukti Kad Identiti Pemohon
  • Sijil Nikah (jika berkenaan)
  • Slip Gaji atau Penyata Bank
  • Bil Utiliti (bukti alamat)
  • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk hartanah sedia ade (jika berkenaan)

 

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai Residensi wilayah, anda boleh layari melalui laman web https://residensiwilayah.kwp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN SJKP 2022

2 thoughts on “PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAWIP) 2022”

Leave a Comment